View: 572|Reply: 1
|
[Terengganu]
Tidak ada pesta arak di Pulau Perhentian
[Copy link]
|
|
M. ROZI BIDIN
KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berikutan penularan sebuah video kononnya berlaku pesta arak di Pulau Perhentian, Besut dekat sini baru-baru ini.
Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, hasil semakan yang dilakukan pegawai Penguatkuasa Syariah Besut mendapati video yang ditularkan itu adalah video lama yang berlaku beberapa tahun lalu.
Menurutnya, JHEAT mendapati tiada sebarang aktiviti maksiat berlaku di Pulau Perhentian baru-baru ini, malah, semakan yang dibuat mendapati video tular itu dipadam dalam media sosial.
“Kalau diikutkan pada tarikh yang tular itu ialah pada 10 September lalu (Sabtu)… tidak ada apa-apa aktiviti yang berlaku di pulau berkenaan dan saya difahamkan pada keesokan harinya, pelancong tidak ramai yang berada di Pulau Perhentian berikutan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil.
“Saya memohon Pegawai Agama Daerah Besut membuat laporan polis untuk membuka kertas siasatan tentang apa yang berlaku sebagai pengajaran kepada mana-mana individu supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang boleh mencemar imej kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tunggakan Elaun Imam dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Pada Selasa lalu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku pada 10 September lalu di sebuah lokasi di Pulau Perhentian.
“Pesta arak dan disko.. yang juga melibatkan bangsa Melayu.. September fest kot,” tulis pemilik akaun itu sebelum memadamnya hari ini.–UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... i-pulau-perhentian/ |
|
|
|
|
|
|
|
alahhh alahhhhh.....lek lek lu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|