CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk Pos Balar, Pos Bihai rayu baiki jalan rosak

[Copy link]
Post time 15-9-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Syahbuddin meninjau keadaan jalan yang rosak di jalan perhubungan kampung ke Pos Bihai dan Pos Balar. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Lebih 2,000 penduduk kampung Orang Asli di Pos Balar dan Pos Bihai, di sini, merayu pihak berwajib supaya menaik taraf jalan masuk ke kampung mereka untuk kemudahan melakukan urusan seharian.

Ini berikutan keadaan jalan yang rosak dan mendap selain berisko berlaku tanah runtuh hingga membahayakan nyawa penduduk terutama golongan pendidik yang melaluinya untuk keluar masuk ke kawasan itu.

Penghulu Kampung Manjun, Aja Along, 69, berkata keadaan jalan akan menjadi lebih teruk pada musim tengkujuh dan membahayakan penduduk.


"Baru-baru ini ketika hujan, pelajar dari Pos Balar bertolak pada 3 petang untuk ke asrama dan mereka tiba di bandar Gua Musang pada 5 pagi disebabkan keadaan jalan yang rosak.

"Kami sebagai ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak dan berharap supaya projek naik taraf jalan yang dijanjikan sebelum ini dipercepatkan," katanya ketika ditemui di Pos Balar, di sini.

Penduduk Pos Balar, Kamal Alek, 36, berkata jika masalah jalan rosak berlarutan, secara tidak langsung menjejaskan pendidikan anak-anak.

"Guru-guru susah nak masuk ke tempat mengajar kerana masalah jalan yang rosak dan perlukan masa yang lama untuk sampai terutama pada musim hujan.

"Saya minta, kalau tak nak buat jalan bertar, cukuplah jalan berbatu dan jambatan yang lebih kukuh untuk kegunaan kami.

"Jika jalan ini dalam keadaan baik, masa yang diambil hanya dua jam untuk ke sini, tetapi sekarang memerlukan masa sehingga enam jam," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya mengambil maklum masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Menurutnya, pihaknya akan membaiki laluan itu dengan kaedah sapu jalan kerana menyedari penduduk sukar untuk keluar ke bandar Gua Musang dan melaksanakan aktiviti harian mereka disebabkan jalan yang rosak teruk.

Katanya, peruntukan lebih RM200,000 diperlukan untuk membaiki dan membaik pulih jalan di kampung terbabit.

"Saya memahami kesusahan masyarakat Orang Asli serta pendidik yang terpaksa melalui jalan rosak dan berselut terutama pada musim tengkujuh.

"Kalau kita nak menunggu jalan perhubungan desa yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan mengambil masa agak lama.

"Justeru, saya percaya perkara ini perlu diambil perhatian segera oleh pihak berwajib. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan untuk melihat perkara ini secara lebih teliti dan berharap kerja pembaikan dapat dilakukan segera, kerana musim tengkujuh akan tiba," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-baiki-jalan-rosak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052333 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list