CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Sarawak] Sejarawan: Rakyat Sarawak perlu dijadikan contoh

[Copy link]
Post time 16-9-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Rakyat Malaysia perlu mengambil Sarawak sebagai contoh untuk mengamalkan gaya hidup bersatu padu yang kini menjadi teras utama perpaduan di negeri ini, kata sejarawan dan ahli akademik Dr Suffian Mansor.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, Sarawak sebagai negeri perpaduan memang tepat sekali.

“Masyarakat Sarawak tidak menjadikan perbezaan mereka sebagai halangan dalam kehidupan bermasyarakat,” jelasnya ketika ditemu bual sempena Hari Malaysia hari ini.

“Malah, mereka meraikan perbezaan ini sebagai satu identiti negeri,” jelasnya merujuk kepada lebih 25 suku kaum dengan budaya dan agama masing-masing di negeri ini.

“Sikap hormat antara satu sama lain memang mekar sejak dulu lagi dalam kalangan penduduk Sarawak,” jelas pensyarah yang berasal dari Sarawak itu.

Katanya lagi, contoh terbaik dapat dilihat dalam amalan seharian rakyat Sarawak seperti makan semeja bersama-sama meskipun berbeza kaum.

“Keharmonian ini diperkukuh pula dengan kesungguhan kaum lain mempelajari budaya kaum lain,” ujarnya.


https://sarawakvoice.com/2022/09/16/sejarawan-rakyat-sarawak-perlu-dijadikan-contoh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.044162 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list