CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 0

[Sarawak] Jangan abai kesihatan

[Copy link]
Post time 16-9-2022 02:02 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Pertubuhan Sarjana Pendidikan Perubatan Hospital Miri mengadakan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (ISOSH) 2022 selama dua hari di Hotel Pullman Miri semalam.

Perasmian pembukaan persidangan ISOSH 2022 itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Adun Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Persidangan julung kali diadakan secara besar-besaran di Bahagian Miri diisi dengan pelbagai program menarik seperti sembilan sesi ceramah atau taklimat daripada penceramah berpengalaman.

Selain itu sebanyak 15 kiosk pameran berinformasi yang akan memberi banyak input kepada semua peserta yang menghadiri persidangan selama dua hari.

Terdahulu dalam ucapannya, Kim Shin berkata, ISOSH 2022 adalah satu iniasitif meningkatkan kesedaran yang lebih baik mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan kepelbagaian industri.

Selain itu, persidangan tersebut sebagai platform pertukaran dan perkongsian pendapat atau pengalaman pakar antara pelbagai industri mengenai topik berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Katanya lagi, bagi membantu pengamal OSH agar sentiasa peka dan maklum dengan kemas kini perkembangan terkini industri terutamanya melibatkan akta dan peraturan.

Bagi menggalakkan perhubungan dan kerjasama erat antara sektor kerajaan dengan swasta dalam usaha-usaha berkaitan keselamatan dan kesihatan pekeriaan.

“Kita berharap pada hari terakhir persidangan ini nanti peserta dapat belajar dan mempunyai kesedaran lebih baik mengenai kepentingan dalam kedua-dua aspek iaitu keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Selain itu, peserta juga dapat menjalinkan dan membina rangkaian dalam kalangan pemain utama dalam kepelbagaian industri menerusi persidangan ini.

Beliau berharap penganjuran persidangan seperti itu akan diadakan setiap dua tahun melibatkan peringkat peserta antarabangsa bagi melestarikan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan khususnya bagi majikan dan pekerja di Sarawak

Turut hadir ialah Pengarah Hospital Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa ISOSH 2022 Dr Jack Wong Siew Yu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Hospital Umum Sarawak, selaku Penasihat Teknikal Reselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan KKM Peringkat Zon Sabah dan Sarawak, Dr. Dayangku Siti Rafidah Pengiran Hashim.

Majlis turut dihadiri Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. Raviwharmman Packierisamy, Ketua Cawangan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Cawangan Miri Mohammad Zaim Kassim.


https://sarawakvoice.com/2022/09/16/jangan-abai-kesihatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.533101 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list