CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 0

[Sarawak] Tingkatkan pendapatan rakyat melalui pelancongan

[Copy link]
Post time 16-9-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini sedang berusaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui pelancongan mesra Muslim sekali gus menonjolkan sejarah dan identiti Malaysia terutama di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha tersebut dilaksanakan dengan membantu mempermudahkan urusan pendaftaran semua pengusaha inap desa.

“Ia bagi membolehkan mereka mendapat manfaat di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia di samping membuka minda mereka bahawa produk pelancongan turut menjana pendapatan kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Keusahawanan dan Kepimpinan Pelancongan Islam (ITELS) anjuran Pusat Pelancongan Islam (ITC) di Hotel Waterfront di sini, Khamis.

Menurut Nancy, melalui pembangunan pelancongan masjid, Sarawak dapat mempamerkan cara kehidupan, kesenian dan budaya tersendiri.

Katanya, ia juga sebagai usaha mengoptimumkan kelebihan surau atau masjid selain digunakan untuk sembahyang manakala sejarahnya boleh diperkenalkan kepada pelancong.

“Sehubungan itu, pengusaha inap desa disarankan untuk bergabung dengan tenaga kerja masjid-masjid tempatan termasuk di Sarawak dalam menghasilkan pakej penginapan dan lawatan yang mesra Muslim,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pemain industri lain dari sektor perhotelan, agensi pelancongan, pengusaha spa, pusat rekreasi dan sebagainya perlu merebut peluang bekerjasama dalam merealisasikan usaha tersebut.

Katanya, pemain industri boleh menawarkan pengalaman, produk dan perkhidmatan yang lebih mesra Muslim dan menonjolkan asal usul dan identiti negeri ini kepada pelancong.

“Antara lokasi yang boleh diketengahkan ialah Santubong, kerana ia merupakan negeri Melayu kedua tertua di dunia. Makam Sultan Tengah yang terletak di Santubong turut dipelihara dengan baik untuk dikunjungi pengunjung.

“Daerah Santubong mempunyai banyak daya tarikan dengan tapak arkeologinya, tanah perkuburan prasejarah di Tanjong Kubor, aktiviti manusial awal menubuhkan industri besi di Sungai Jaong dan ukiran batu dari tamadun terdahulu.

“Malah, sektor Pelancongan Islam dan penjenamaan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim juga semakin mendapat tempat di destinasi terkemuka di dunia termasuk di Malaysia,” katanya.


https://sarawakvoice.com/2022/09/16/tingkatkan-pendapatan-rakyat-melalui-pelancongan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.042848 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list