CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Terengganu] 12 rumah kedai terbakar

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Pendawaian elektrik yang banyak dikatakan punca yang menyebabkan usaha memadamkan kebakaran membabitkan 12 buah rumah kedai sederet di Jalan Bandar, Kampung Cina, di sini, malam tadi, sukar dilakukan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Khairiri Arshad, berkata, pegawai bertugas di bilik gerakan menerima panggilan jam 8.42 malam daripada orang awam yang memaklumkan kejadian.

Bagaimanapun katanya, sebelum menerima panggilan itu, pihaknya sudah tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat awal daripada orang awam yang datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, di sini, yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah kedai berkenaan


"Sepasukan anggota balai berkenaan bersama sebuah jentera yang tiba di lokasi mendapati ketika itu sebanyak lima rumah kedai sudah terbakar 100 peratus.

"Keadaan cuaca berangin menyebabkan kebakaran cepat merebak selain struktur bangunan di mana bahagian atas kedai setingkat ini sepenuhnya diperbuat daripada kayu," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.


ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan api yang marak membakar 12 rumah kedai sederet di Jalan Bandar, Kampung Cina. FOTO Zaid Salim

Beliau yang mengetuai operasi itu berkata, seramai 70 anggota termasuk 10 pegawai dan tujuh jentera bomba dari BBP Jalan Kota, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang selain bantuan bomba sukarela, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terbabit dalam operasi pemadaman itu.

Menurutnya, pendawaian elektrik yang banyak di lokasi kejadian antara punca pihaknya sukar melakukan pemadaman segera meskipun ada anggota tiba awal di lokasi kejadian.

"Kerja pemadaman terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelak kemalangan kerana ketika itu masih terdapat arus elektrik pada pendawaian di lokasi kejadian," katanya.

Mohd Khairi berkata, 12 rumah kedai itu antaranya membabitkan kedai kain, kedai jahit dan pakaian, kedai membuat kunci, kedai makan dan rumah penginapan.

Katanya, insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana mangsa keluar sendiri daripada lokasi untuk ke tempat selamat selain ada yang sudah menutup perniagaan sebelum kejadian.

"Kita mengambil masa 45 minit bagi mengawal api daripada merebak dan Unit Forensik JBP negeri sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-terbakar-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.551787 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list