CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 0

Euro 2024 tanpa Rusia

[Copy link]
Post time 21-9-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Euro 2024 tanpa Rusia


SKUAD kebangsaan Rusia tidak dibenarkan menyertai kelayakan Euro 2024.

London: Rusia disisihkan daripada undian kelayakan Kejohanan Eropah 2024 ketika pasukan negara itu masih lagi diharamkan daripada semua pertandingan susulan pencerobohon ke atas Ukraine, menurut Uefa semalam.

Bagaimanapun, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia terselamat apabila disenaraikan dalam undian namun menurut Uefa mereka tidak boleh berada dalam satu kumpulan dengan Ukraine.

Badan bola sepak antarabanga Fifa dan badan bola sepak Eropah Uefa pada Februari lalu membuat keputusan bahawa semua pasukan Rusia sama ada skuad kebangsaan atau kelab digantung daripada menyertai kejohanan Fifa dan Uefa susulan pencerobohan itu yang dianggap oleh Moscow sebagai (operasi khas tentera').

Pada Julai lalu, Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) menolak rayuan Persekutuan Bolasepak Rusia dan empat kelab negara itu yang membantah keputusan Fifa dan Uefa itu.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ro-2024-tanpa-rusia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.801239 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list