CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Kelantan] Rumah hanyut akibat banjir, 6 pemilik rayu segerakan bina kediaman ganti

[Copy link]
Post time 27-9-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Mariam Mamat, 78, menunjukkan rumahnya yang musnah dihanyutkan akibat banjir pada 1 Mac lalu. - BERNAMA

PASIR MAS: Pemilik enam rumah yang hanyut akibat banjir di Kampung Tersang di Rantau Panjang, dekat sini, pada Mac lalu merayu kerajaan menyegerakan pembinaan kediaman ganti buat mereka.

Enam rumah terbabit dilapor hanyut dibawa arus deras ketika banjir sewaktu pemiliknya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.

Pemilik rumah, Che Hasniza Che Omar, 45, berkata jangkaan banjir besar ketika musim Monsun Timur Laut pada November ini mendatangkan trauma dan membimbangkan mereka.

"Kawasan ini berlembah dan berisiko banjir. Selepas berpengalaman rumah dihanyutkan pada Mac lalu, keadaan itu menyebabkan kami trauma.

"Kami sekeluarga tidak dapat tidur lena sejak beberapa minggu lalu sebaik masuk bulan tengkujuh. Paling merisaukan, rumah yang hanyut belum berganti baharu," katanya ketika ditemui di Kampung Tersang, Rantau Panjang di sini hari ini.

Che Hasniza berkata, ketika ini dia dan anak-anaknya terpaksa menumpang kediaman mentua, Kamariah Latif, 70, bersebelahan tapak asal kediamannya.

"Dua minggu lalu, kami diminta membersihkan kawasan tapak rumah baharu yang akan dibina dan berharap pembinaan dipercepatkan memandangkan banjir dikhabarkan lebih besar tahun ini," katanya.

Sementara itu, Mariam Mamat, 78, berkata dia belum boleh melupakan saat pulang dari PPS ketika itu, kerana hampir pengsan melihat tapak rumah hanya tinggal tangga, bahagian dapur dan tandas sahaja.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, memaklumkan rumah baharu buat semua mangsa itu akan dibina dalam tempoh terdekat.



Che Hasniza Che Omar, 45, melihat tiang rumah yang masih tinggal apabila rumahnya dihanyutkan banjir pada 1 Mac lalu. - BERNAMA

"Pada asalnya bajet ditetapkan ialah RM56,800 seunit, namun selepas menjalankan pemeriksaan, rumah itu dibina pada paras rendah iaitu diangkat hanya 0.30 meter sahaja, lantas penilaian baharu dilakukan segera.

"Penilaian semula mengambil kira keadaan itu masih berisiko terhadap banjir, jadi kami mengangkat aras rumah kepada keadaan lebih tinggi iaitu 1.83 meter dengan kos baharu RM79,000 seunit," katanya.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata pembinaan rumah baharu akan dilakukan tahun ini juga, cuma beberapa perkara perlu diselesaikan membabitkan tender, kontraktor dan pembayaran insuran.

"Pembinaan rumah baharu ini juga akan mengambil masa tiga bulan sahaja, oleh itu kita mohon penghuni rumah bersabar dan biarlah rumah yang akan dibuat itu tidak berisiko dihanyutkan air lagi," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... rakan-bina-kediaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047776 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list