CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Terengganu] Polis nafi terdapat kes cubaan culik kanak-kanak di Ajil

[Copy link]
Post time 28-9-2022 02:22 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular yang menunjukkan salah seorang dari tiga individu didakwa pergi rumah ke rumah penduduk dalam keadaan mencurigakan di Kampung Menerong, Ajil, Hulu Terengganu.


HULU TERENGGANU:  Polis menafikan dakwaan terdapat kes cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun oleh sekumpulan individu  menjual peralatan gas memasak di Kampung Menerong, Ajil di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, dakwaan kes tersebut yang tular dalam media sosial sebenarnya cuma berlaku salah faham antara ibu kanak-kanak tersebut dengan sekumpulan individu terbabit.

Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut  pada pukul 3.50 petang semalam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan tiada unsur-unsur cubaan cuba larikan atau menculik kanak-kanak terbabit.

“Kejadian tersebut sebenarnya cuma salah faham antara sekumpulan jurujual dengan suri rumah tersebut dan tiada unsur-unsur cubaan cuba larikan atau menculik kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini  hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, ketiga-tiga individu berkenaan juga telah dipanggil untuk disoal siasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini, semalam.

“Mereka telah diberikan peringatan supaya tidak lagi pergi dari rumah ke rumah untuk menjual produk peralatan gas menasak bagi elakkan berlakunya salah faham lagi selepas ini.

“Pada masa sama, orang ramai juga diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan berita tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial mengenai dakwaan kononnya seorang  kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cuba dilarikan sekumpulan individu tidak dikenali di rumahnya di Kampung Menerong, Ajil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, sekumpulan individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan itu dikatakan datang ke rumah seorang wanita dikenali sebagai Sanura, 29, bagi menawarkan perkhidmatan memeriksa peralatan gas memasak.

Bagaimanapun, Sanura menolak tawaran tersebut dengan memaklumkan di rumahnya tidak menggunakan tong gas untuk memasak.

Selepas itu, seorang individu perempuan tidak dikenali tersebut telah menarik anak perempuan Sanura berusia 4 tahun keluar rumah, namun kanak-kanak terbabit sempat memegang ibunya.

Mereka kemudiannya beredar dari rumah tersebut dan Sanura pula membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ajil.  –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... anak-kanak-di-ajil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.613761 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list