CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Pahang] Kerja pembaikan siap, Jalan Bentong-Gua Musang dibuka Rabu ini

[Copy link]
Post time 1-10-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUANTAN: Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun lalu dijadual dibuka pada Rabu ini selepas kerja pembaikan cerun dan jalan siap dilakukan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata setakat kini hanya tinggal kerja membuat garisan jalan dan kerja pembersihan tapak di laluan berkenaan.

"Kerja pembaikan cerun dan jalan itu telah dimulakan pada 20 Jan lepas selepas berlaku runtuhan pada November 2021. Berlaku sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat semasa kerja pembaikan berjalan iaitu pada 18 Mac 2022," katanya.

Sehubungan itu, Fadillah menyifatkan perkongsian Ahli Parlimen Bentong Wong Tack di akaun Facebooknya yang menggambarkan diri sebagai 'hero' yang berulang kali mengetengahkan isu jalan tersebut untuk tindakan pihak berkuasa, adalah bermotifkan politik dan cuba mendapatkan 'political mileage' (manfaat politik).


Ini kerana, tindakan membaik pulih cerun dan jalan berkenan telah bermula sejak awal tahun ini, katanya.

Fadillah juga berterima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran projek infra rakyat serta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta daerah yang komited menyiapkan kerja untuk kesejahteraan rakyat. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ang-dibuka-rabu-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.630832 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list