CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Kelantan] Remaja Thailand ditahan bersama 641 karton rokok

[Copy link]
Post time 2-10-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode

ROKOK tidak bercukai dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hospital, Kota Bharu. FOTO Ihsan Polis.

Kota Bharu: Menjadikan premis membaik pulih penapis air sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis rokok tidak bercukai, semata-mata bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Namun, taktik itu tetap berjaya dikesan pihak berkuasa yang kemudian melakukan serbuan ke atas premis di Jalan Hospital, di sini serta merampas 128,200 batang rokok putih dan kretek.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan dilakukan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menerusi Op Kontraban pada 12.15 tengah malam Sabtu.


Katanya, rokok yang dirampas bernilai RM136,151 dan polis turut menahan remaja lelaki warga Thailand berusia 16 tahun.

"Pasukan PGA7 cawangan risik melakukan pemantauan di tempat kejadian sebelum serbuan ke atas premis dibuat.

"Pemeriksaan dalam rumah itu menjumpai 15 bungkusan plastik hitam dan satu bungkusan guni plastik putih mengandungi kotak coklat, yang mana di dalamnya terdapat 641 karton rokok pelbagai jenama.

"Keseluruhannya terdapat 128,200 batang rokok putih dan kretek, manakala lelaki berkenaan yang berada di dalam premis ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan reman 14 hari hingga 14 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ma-641-karton-rokok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.868484 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list