CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Pahang] JAS kesan pencemaran bahan kimia di Temerloh

[Copy link]
Post time 3-10-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Kesan pencemaran cecair disyaki bahan kimia yang dikesan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Belenggu,Temerloh. - Foto Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man


KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Temerloh menemui kesan pencemaran cecair disyaki bahan kimia dari kawasan ladang sawit di Kampung Belenggu, Temerloh.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberapa individu yang disyaki terlibat telah ditahan.

Menurutnya, turut ditahan beberapa kenderaan yang digunakan individu terbabit.

"Pencemaran itu dikesan susulan bau kuat dari kawasan ladang sawit berkenaan.

"Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tuan Ibrahim berterima kasih kepada JAS cawangan Temerloh atas tindakan pantas mengesan dan menangani pencemaran tersebut.

"Ucapan terima kasih juga kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh yang turut bekerjasama menangani kes ini," katanya.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, beliau berkata, usul untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka dibentangkan pada bulan Oktober ini.


Menurutnya, antara tujuan pindaan itu adalah untuk meningkatkan hukuman, denda dan kompaun kepada penjenayah alam sekitar.
https://www.sinarharian.com.my/a ... n-kimia-di-temerloh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074755 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list