View: 348|Reply: 0
|
[Johor]
Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 295 orang
[Copy link]
|
|
KEADAAN banjir di Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Johor Bahru: Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 295 orang daripada 85 keluarga dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah setakat jam 12 tengah hari tadi.
Jumlah itu meningkat berbanding 271 mangsa membabitkan 79 keluarga yang dicatatkan sehingga jam 8 pagi tadi.
Kulai kekal sebagai daerah paling terjejas dengan iaitu seramai 159 orang daripada 41 keluarga yang ditempatkan di PPS (SMK) Bukit Batu.
Mangsa banjir di Kluang turut meningkat sedikit apabila satu daripada dua PPS di sana merekodkan peningkatan jumlah mangsa.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam, kekal mencatatkan 33 mangsa daripada 15 keluarga, manakala PPS SK Sungai Linau pula merekodkan pertambahan mendadak ke 41 orang daripada 10 keluarga berbanding hanya 27 mangsa daripada tujuh keluarga, pagi tadi.
PPS dibuka di Pontian membabitkan SK Melayu Raya turut mencatatkan sedikit pertambahan kepada 62 mangsa daripada 19 keluarga berbanding hanya 52 mangsa daripada 16 keluarga, pagi tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-kepada-295-orang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|