CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Johor] Isu Perumahan Taman Seri Molek Perdana bila nak selesai?

[Copy link]
Post time 4-10-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode

SIDANG media selepas pembeli Perumahan Taman Seri Molek Perdana menyerahkan memorandum kepada wakil SPNB di Menara Tabung Haji di sini, hari ini. FOTO Izz Laily Hussien

Johor Bahru: Ratusan pembeli rumah di Perumahan Taman Seri Molek Perdana di sini, terus menurut hak mereka dengan mendesak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyerahkan kunci kediaman yang dibeli mereka sejak 12 tahun lalu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pembeli perumahan itu sekali lagi rasa tertipu apabila janji SPNB menyerahkan kunci pada tahun lalu tidak ditepati.

"Projek perumahan dibina oleh pemaju utama SPNB ini terletak di bawah kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.


"Saya sendiri sudah pergi ke tapak projek ini, tetapi tak siap malah sudah bertahun. Bukan mereka suka-suka nak datang ke mari (pejabat SPNB).

"Saya juga sudah bercakap dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican minta beliau campur tangan selesaikan masalah ini, sudah lama sangat.

"Rumah tak dapat dan pembeli terpaksa pula menyewa jadi susahlah mereka dalam keadaan sekarang ini. Sebelum ini mereka dijanjikan akan siap setahun yang lalu, masalahnya tinggal sedikit lagi," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil SPNB di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang bertindak sebagai penasihat guaman kepada pembeli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Hassan berkata, tindakan SPNB itu dianggap tidak bertanggungjawab selepas perkara itu masih belum diselesaikan walaupun sudah banyak kali beliau membawa isu itu ke sidang Parlimen.

"Saya percaya bila menteri kata akan ambil tindakan segera, malah saya puji (bila janji ambil tindakan segera) tetapi rupanya bukan sahaja pembeli, saya pun kena tipu," katanya.

Bagaimanapun, Hassan berkata, beliau percaya Reezal Merican mengambil berat isu itu, namun kini di peringkat pemaju yang perlu bertindak.

"Saya tahu menteri ambil berat, tetapi kita tidak ada jalan lain kerana rakyat sudah tidak tahan. Mereka ada hak, ini rumah yang mereka beli. SPNB yang mesti bertindak selesaikan isu ini," katanya.

Pada Julai lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pembeli Perumahan Taman Seri Molek Perdana, Plentong itu akan menerima kunci secara berperingkat dalam masa sebulan lagi.

Beliau dipetik berkata, sebagai permulaan, seramai 432 pembeli membabitkan fasa dua iaitu blok A, B dan C dijangka menerima kunci pada Ogos.

Sebelum ini, SPNB ada memaklumkan bahawa fasa dua projek perumahan itu sepatutnya diserahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 31 Disember 2021, namun mengalami kelewatan serahan kunci akibat urusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang belum selesai.

Difahamkan, fasa tiga iaitu blok D dan E membabitkan seramai 215 pembeli dijangka menerima kunci pada Disember tahun ini.

Fasa satu projek berkenaan yang membabitkan blok F pula sudah memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 2020.

Sementara itu, Wee Tse berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu berlarutan.

"Saya akan membantu mereka dari segi undang-undang untuk secepat mungkin dapatkan kunci dan kemudian berbincang mengenai isu pampasan," katanya.

Pada masa sama, wakil Pengarah SPNB Negeri Johor yang hadir menerima memorandum diserahkan pembeli itu memberi jaminan isu itu akan diselesaikan akhir tahun ini.

"Kita akan melantik kontraktor baharu dan bagi mereka yang mempunyai sebarang isu mengenai perkara ini boleh membuat aduan kepada kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-bila-nak-selesai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.461327 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list