CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua beranak didakwa pecah amanah, palsu dokumen tanah RM1.1j

[Copy link]
Post time 6-10-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode

LIM Sie Kin (dua dari kiri) dan anak lelakinya, Wong Yew Loong (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan pecah amanah dan menggunakan dokumen palsu bagi dua bidang tanah tujuh tahun lalu.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.


SEREMBAN: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan pecah amanah dan menggunakan dokumen palsu bagi dua bidang tanah bernilai RM1.1 juta, tujuh tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Wong Yew Loong, 44, dan ibunya Lim Siew Kin, 69, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai seorang ejen iaitu pengarah sebuah syarikat pembekal pasir yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu dua bidang tanah iaitu PN 44192 Lot 5802 dan PN44193 Lot 5803  di Mukim Linggi, Port Dickson melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta tersebut.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 11 pagi sehingga 2 petang pada 8 Disember 2015 di Taman Rasah Jaya di sini.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebat dan denda.

Terdahulu, pihak pendawaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulfikri Mohd. Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM200,000 kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira nilai dua bidang tanah tersebut yang berjumlah RM1.1 juta.

Selain itu, dua beranak itu turut berdepan dua pertuduhan menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu resolusi pengarah syarikat bertarikh 8 Disember 2015 untuk dua bidang tanah berkenaan yang diketahui adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 10.21 pagi, 14 Februari 2017 di Pejabat Tanah dan Galian, Seremban.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mahkamah kemudian membenarkan Siew Kin yang juga warga emas diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Manakala anak lelakinya dibenarkan ikat jamin RM100,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan yang sama dan kes akan disebut semula pada 14 November depan. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... kumen-tanah-rm1-1j/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.097512 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list