View: 9804|Reply: 53
|
Kutipan Magika mencecah 3 juta.Ditayangkan di Singapura Nov ini!
[Copy link]
|
|
Raih RM3 juta
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
2010/10/08
Filem muzikal Magika hampir capai sasaran kutipan kasar RM4 juta
FILEM muzikal yang kali pertama diketengahkan oleh trioadik-beradik daripada KRU Studios, Magika menunjukkan angka kutipankasar memberangsangkan sekalipun temanya mungkin masih baru di dalamindustri filem tempatan.
Magika menggabungkan cerita fantasi dan nyanyian mula ditayangkan pada23 September lalu. Ia dijangka mencatatkan kutipan kasar sebanyak RM3juta hari ini selepas dua minggu ditayangkan.
Angka itu pastinya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada produserfilem ini yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman AbdulHalim, tetapi paling utama ia berita menggembirakan kepada adiknya,Edry.
Edry yang kali pertama menjadi pengarah, mengakui betapa diabersyukur kerana percubaan pertamanya untuk memperkenalkan genre barudalam bentuk muzikal dapat diterima ramai.
“Ini menunjukkan peminat filem sentiasa inginkan sesuatu yang baru.Lebih membanggakan saya ialah ulasan dan pujian yang menghargai usahaKRU Studios untuk mengembangkan filem tempatan.
“Saya harap kejayaan Magika dapat membuka pintu kepada karyawanlain untuk menghasilkan seni muzikal. Malahan kami juga sudah adaperancangan untuk menerbitkan filem muzikal kedua pada awal tahundepan,” kata Edry menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada HiP.
Sementara itu, Norman sendiri meletakkan sasaran yang realistikiaitu RM4 juta, satu jumlah yang dianggap tidak terlalu tinggi. Memangtidak dinafikan sukar untuk mencapai jumlah itu kerana penonton Melayumasih dalam mood hari raya. Tambahan pula selain sudah banyakberbelanja untuk persiapan Hari Raya, filem Magika juga ditayangkanpada hujung bulan iaitu ketika kebanyakan orang belum mendapat gaji.
Oleh itu, kejayaan mencapai angka RM3 juta melapangkan sedikit dadaNorman. Dia masih menaruh keyakinan orang ramai akan terus memberisokongan terhadap filem Magika.
Ketika dihubungi Hip, Norman berkata, lazimnya kutipan kasar setiapfilem pada minggu kedua sering kali lebih rendah berbanding minggupertama, tetapi Magika nampaknya tersimpang dari kebiasaan itu, malahanmencatatkan kutipan yang cukup membanggakan buat KRU Studio.
“Berdasarkan kutipan minggu kedua iaitu pada Jumaat, Sabtu, Ahaddan Isnin, Magika mengumpul kutipan lebih tinggi daripada minggupertama. Keadaan ini adalah sesuatu yang luar biasa dan berbeza dengantrend filem terbitan KRU sebelum ini atau mungkin juga untuk filemterbitan syarikat lain.
“Selalunya jumlah kutipan minggu kedua lebih rendah berbandingdari minggu pertama tetapi perkara sebaliknya pula berlaku kepadaMagika. Jika mendapat slot tayangan mencukupi, tidak mustahil jumlahkutipan Magika boleh mencecah RM3.5 juta. Angka yang dicatat setakatini hanyalah tayangan menerusi 61 panggung di Malaysia dan tiga lagi diBrunei.
“Magika akan ditayangkan di Singapura pada November nanti. “Jadikami menganggarkan sehingga Magika habis ditayangkan kelak, termasukkutipan di Singapura, filem itu mampu berada dalam landasan RM4 jutayang kami sasarkan,” katanya.
Walaupun Magika hanya memungut sebanyak RM50,000 di Brunei, Normanmenyasarkan angka itu juga akan bertambah sekali ganda apabila ia habisditayangkan kelak.
Biarpun tidak begitu besar, dia tetap berpuas hati kerana negara itu sendiri mempunyai jumlah penduduk yang kecil.
Katanya, Magika mendapat maklum balas yang cukup baik daripadapenonton dan media massa, sesuatu yang dianggap jarang diterimanyakepada mana-mana filem terdahulu yang pernah dihasilkan oleh KRUStudios.
Ulasan positif itu menjadi pencetus semangat kepada KRU Studio untuk terus menghasilkan filem pada tema yang sama.
“Saya meluangkan masa beberapa kali ke pawagam untuk melihatmaklum balas penonton. Ramai yang menggemari filem ini tetapi ada jugamereka yang tidak memahami konsep muzikal yang mengetengahkan 50peratus lagi dan sebahagian lagi dialog.
Sama seperti filem Mamma Mia! The Movie dan High School Musical,filem Magika sebenarnya ditonton lebih daripada sekali oleh kebanyakanpenonton dan keluarga.
“Filem ini nampaknya lebih menarik golongan keluarga berbandingremaja. Mungkin remaja lebih gemarkan filem berunsur seram, percintaandan kegiatan sosial. Kami akan memperbaiki lagi hasil kerja kamiselepas ini untuk menarik golongan remaja ke pawagam.
“Namun saya harus berterima kasih kepada teater muzikal yangpernah dipentaskan di Istana Budaya seperti Puteri Gunung Ledang, PRamlee dan banyak lagi kerana disebabkan mereka, masyarakat di negarakita memahami apakah muzikal,” kata Norman.
Selain skrip, lagu serta jalan cerita kata Norman lagi, barisanpelakon yang diketengahkan dalam filem ini yang membantu memantapkanfilem ini. Kebanyakan pelakon yang diketengahkan memiliki kemasyhuran.Justeru, mereka menjadi salah satu tarikan kepada penonton untuk kepanggung.
credit to: Berita Harian
p/s..peminat-peminat di Singapura...jangan lepaskan peluang yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu2 dlm Magika ni asyik terngiang ngiang je...petang gak nak beli soundtrack Magika ni |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah....KRU x pernah mengecewakan....
tp aku lum tgk lg...sbb bf aku x suke cite melayu....xde org nk teman,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu...Sekarang Magika bakal menyerang Kota Singa pula.... so org Singapura, nantikan kemunculannya... |
|
|
|
|
|
|
|
kru dah terkenal 20 tahun dlm industripun kata rm4 juta tu logik.. ini, ada sorang makhluk tu target rm40 juta.. adeh |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk magika isnin nie...eee...tak sabar.....dh lama dok tangguh2.... |
|
|
|
|
|
|
|
macam best jerr.......nak tengok lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kru dah terkenal 20 tahun dlm industripun kata rm4 juta tu logik.. ini, ada sorang makhluk tu target ...
buahcinta Post at 9-10-2010 10:23
hahaha.. mimpi yg x sudah tu namanya hehe |
|
|
|
|
|
|
|
me dah tengok masa hari ke2 ditayangkan
teman adik sbenarnya....
tapi memang best lah citer ni tak rugi tengok.... citer mlayu yang paling tak boring yg pernah me tengok dijamin lah 500% |
|
|
|
|
|
|
|
magika ni tayang sampai bape hb ek..
nak tengok lagi sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# jayleedaisuki
YESS...mmg best..wlupun aku x mnt mawi, tp dia berlakon ok apa..part paling sedih masa DD balik dr kubor mak dia..dia n mawi nyanyi lagu soundtrack magika..ump..luluh ati aku masa tu, maklumla, percintaan dia dunia yg berbeza..huk..huk |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zizadin at 9-10-2010 21:36
part NAGA TASIk CHINI pun best gak..m nasir nyer dialog cuma
NAK KEMANA KAMU BERTIGA??
JANGAN SAMPAI BANGUNKAN NAGA... |
|
|
|
|
|
|
|
bila citer ni abis dtayangkan ye?????
adik me ni pun ada ajak tengok sekali lagi....... memang moveles lah KRU ni tak rugi ambik masa lama sikit bila keluar jah.....
hah meletop..... |
|
|
|
|
|
|
|
yup2, agak kagum dgn hasil film tersebut..... anyway, congrats KRU studios.... |
|
|
|
|
|
|
|
ak lom tgk lg.. tp member2 ak bg feedback ala2 "ko g la tgk. x rugi".. aishh |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah....KRU x pernah mengecewakan....
tp aku lum tgk lg...sbb bf aku x suke cite melayu.... ...
martiena Post at 8-10-2010 10:06
meh iols teman
tgk magika untuk kali ke-3 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# nurul_akmar
tengok jangan tak tengok............memang betul punya tak rugi
dengan kata lain bagi me ini citer melayu pertama yg tak jemu dan tak boring langsung lah.
brbaloi duit tiket yg u keluarkan nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|