CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Johor] Mengaku salah tangkap ikan tanpa kebenaran, miliki bahan letupan

[Copy link]
Post time 6-10-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Kota Tinggi: Seorang lelaki didenda RM11,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menangkap ikan tanpa kebenaran dan memiliki peralatan yang tiada lesen sah pada April lalu.

Tertuduh, Abdul Gafar Abdul Latif, 48, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah bagi tiga pertuduhan sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norsiah Ujang.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa memiliki peralatan menangkap ikan serta menangkap ikan tanpa lesen yang sah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) akta sama.

Tertuduh boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan ketiga pula, lelaki itu didakwa memiliki atau di bawah kawalannya bahan letupan jenis emulex tanpa tujuan atau kebenaran yang sah di sisi undang-undang.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semua perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah vesel nelayan tempatan di 0.2 batu nautika dari daratan Tanjung Selantai, Mersing pada jam 11 malam, 18 April lalu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dan penjara tiga bulan serta dua bulan, jika gagal membayar denda itu.

Manakala, tertuduh didenda RM1,000 bagi pertuduhan ketiga dengan perintah sebulan penjara, jika gagal membayar denda.

Difahamkan, tertuduh membayar semua denda yang dikenakan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan barang eksibit seperti vesel, peralatan perikanan dan wang lelongan ikan campur dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Azlan Bohari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pada 18 April lalu, satu tangkapan berhubung penggunaan bom bagi tujuan menangkap ikan dibuat oleh APMM Zon Maritim Mersing yang sedang melaksanakan operasi Op Jaksa di jeti Teluk Buih, Mersing.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iliki-bahan-letupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.291899 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list