CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Sarawak] Perluas inisiatif wanita bekerja hantar anak ke taska swasta

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:44 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Inisiatif pemberian subsidi kepada ibu berdaftar di bawah e-kasih yang menghantar anak ke taska swasta bagi menggalakkan kaum wanita bekerja perlu dimantapkan semula.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, langkah sedia ada itu tidak memberi manfaat kepada ramai wanita yang bekerja secara keseluruhan.

“Kemudahan ini diberi kepada mereka yang berdaftar dalam e-kasih. Tidak ramai wanita bekerja yang mendapat manfaat,” katanya ketika diminta pemberita mengulas mengenai bajet 2023.

Oleh itu katanya, strategi itu perlu dimantapkan dengan menebarkan jaringan sokongan kepada B40 dan M40 dengan kadar berpatutan dan tidak tertumpu kepada yang berdaftar dalam ekasih.

Katanya, usaha itu penting sekiranya kerajaan mahu mengekalkan wanita dalam alam pekerjaan sekali gus membentuk sistem sokongan berlandaskan keperluan asas harian wanita bekerja dalam penjagaan anak-anak.

Dalam perkembangan sama, Fatimah mengalu-alukan langkah memperkasakan wanita di peringkat kepimpinan korporat.

Beliau turut menegaskan harapan agar latihan khas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memperkasakan wanita bekerja nanti juga merangkumi Sarawak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan bajet 2023 di Dewan Rakyat semalam (7 Oktober) memberitahu, Kerajaan telah bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai cukai taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.

Jelasnya, ia bagi menggalakkan lebih ramai golongan wanita untuk kembali berkecimpung dalam bidang pekerjaan di negara ini.

Untuk itu katanya, kerajaan menerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memperkenalkan program latihan khas kepada kaum wanita serta akan mengenal pasti dan menambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Setakat Oktober 2022 katanya, sejumlah 29 peratus golongan wanita telah memegang komposisi ahli lembaga pengarah daripada 100 senarai syarikat awam utama.


https://sarawakvoice.com/2022/10/08/perluas-inisiatif-wanita-bekerja-hantar-anak-ke-taska-swasta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.189367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list