CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut kereta rempuh lori pekerja menyelenggara jalan

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:49 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu setelah merempuh lori pekerja menyelenggara jalan.

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kereta pikap dipandunya merempuh sebuah lori pekerja yang sedang menyelanggara jalan di Jalan Lapangan Terbang, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 12.34 tengah malam.

Sejurus itu, katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa, 48, tersepit di tempat duduk pemandu dan pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan ‘rescue tool’.

“Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadiaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara katanya, kesemua pekerja penyelenggaraan jalan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan telah dijalankan dan operasi tamat pada jam 1.46 pagi,” ujarnya.


https://sarawakvoice.com/2022/10/09/lelaki-maut-kereta-rempuh-lori-pekerja-menyelenggara-jalan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.555558 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list