CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Sabah] Bot karam, kanak-kanak lelaki maut

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:55 PM | Show all posts |Read mode


KARAM: Anggota bomba dan polis dalam operasi membabitkan bot karam di Kampung Rampaian Laut Kota Belud. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas bot yang dinaiki mangsa karam dalam kejadian di Kampung Rampaian Laut di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.22 petang hari ini.

Menurutnya, bot terbabit membawa seramai 10 penumpang membabitkan tujuh dewasa dan tiga kanak-kanak termasuk mangsa yang meninggal dunia.

"Bot berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kampung Rampaian Laut sebelum dilaporkan karam.

"Terdapat sembilan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat ditamatkan pada jam 4.15 petang.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/09/bot-karam-kanak-kanak-lelaki-maut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.140143 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list