CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Sabah] Pencari kerja disaran manfaat sepenuhnya portal pekerjaan

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:57 PM | Show all posts |Read mode


TAHNIAH: Hajiji (tengah) menyerahkan surat tawaran pekerjaan sempena perasmian Karnival Kerjaya Perdana Sabah Maju Jaya Tahun 2022.

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah khususnya para belia dan pencari kerja disaran memanfaatkan sepenuhnya portal pekerjaan disediakan oleh jabatan serta agensi kerajaan untuk mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan menyediakan portal pekerjaan seperti Sabah Jobs Portal (SJP), MYFutureJobs merupakan platform bagi pencarian pekerjaan setempat serta pengiklanan kekosongan jawatan secara percuma kepada majikan dan pencari kerja dalam sektor swasta.

Beliau berkata, setakat 27 September 2022, sejumlah 5,491 pencari kerja dan 233 majikan yang menawarkan 365 kekosongan jawatan telah mendaftar dengan Sabah Jobs Portal.

“Dengan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs dan Sabah Jobs Portal mampu melakukan padanan pekerjaan serta perkhidmatan kerjaya lain, selain menawarkan inisiatif-inisiatif Kerajaan.

"Berdasarkan data PERKESO, sejak Januari sehingga 16 September 2022, jumlah kehilangan pekerjaan adalah seramai 1,013, manakala yang telah diberikan penempatan pekerjaan adalah seramai 10,971.

“Justeru para belia dan pencari kerja disarankan untuk mendaftar dalam Sabah Jobs Portal. Saya mahu lebih ramai lagi golongan belia atau lepasan sekolah menggunakan portal ini untuk mencari pekerjaan”, katanya ketika merasmikan Karnival Kerjaya Perdana Sabah Maju Jaya Tahun 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Karnival Kerjaya Perdana itu dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan agensinya, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan lebih 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan oleh lebih 20 majikan daripada pelbagai sektor.

Hajiji berkata, sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik, ekonomi negara telah beransur pulih sehingga kadar pengangguran menurun pada kadar 3.9 peratus pada April tahun ini, dengan bilangan penduduk bekerja direkodkan seramai 15.85 juta orang sehingga Julai 2022 di seluruh Malaysia.

Menurutnya, berdasarkan Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia, kadar pengangguran bagi Sabah sehingga Mei 2022 ialah sebanyak 9.1 peratus.

Beliau berkata, penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan sektor pekerjaan sehingga menyebabkan banyak industri ditutup sekali gus menyebabkan kadar pengangguran meningkat termasuk mereka yang diberhentikan kerja atau dibuang kerja.


TINJAU: Hajiji (tengah) melawat pameran kerjaya sempena Karnival Kerjaya Perdana Sabah Maju Jaya Tahun 2022.

Justeru katanya, bagi menyahut cabaran yang dihadapi, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif termasuk penganjuran karnival kerjaya sebagai medium menghubungkan pencari kerja dengan majikan.

Katanya, karnival kerjaya adalah platform untuk memberi pendedahan kepada golongan belia tentang peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri pekerjaan swasta dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Hajiji berkata, usaha yang dijalankan oleh JPSM setakat ini telah menganjurkan sebanyak enam siri Karnival Kerjaya sepanjang tahun 2022 dengan sebanyak 1,282 telah mendapat pekerjaan daripada 3,109 pemohon dengan sebanyak 14,654 jumlah jawatan ditawarkan.

Beliau berkata, inisiatif yang dilakukan oleh PERKESO menerusi program Jamin KerjaInsentif Penggajian (JKIP) dapat memangkinkan penciptaan peluang pekerjaan dan pengambilan pekerja sepanjang tahun ini.

Katanya, sehingga 18 Julai tahun ini, Program JKIP dan perkhidmatan pekerjaan MYFutureJobs telah membantu menyediakan jaminan pekerjaan kepada kira-kira 113,672 ahli Keluarga Malaysia.

Katanya, dalam usaha merapatkan jurang penawaran dengan permintaan pekerjaan oleh majikan dan pekerja, sebuah Pangkalan Data perlu dibangunkan dengan mempergiat usaha pelaksanaan program outreach pemprofilan pencari kerja di seluruh negara.

Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Sabah untuk merebut segala inisiatif dan insentif yang ditawarkan, selain untuk menambah baik kehidupan juga berganding bahu memulih serta memperkukuhkan semula ekonomi negara.

"Majikan juga diminta supaya menyediakan peluang kerja dan insentif terbaik untuk pencari kerja.

"Kerajaan amat prihatin terhadap keluhan rakyat dan sentiasa mencari kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka termasuk berkaitan pengangguran serta kehilangan pekerjaan," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan efektif, pelbagai inisiatif berkonsepkan pekerjaan serta kerjaya telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

“Saya telah memperkenalkan inisiatif baharu dikenali Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada, atau memulakan perniagaan baharu setelah kehilangan pekerjaan selepas pandemik COVID-19.

“Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk program SYABAS bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para usahawan belia negeri ini," tambahnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/08/pencari-kerja-disaran-manfaat-sepenuhnya-portal-pekerjaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.754982 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list