CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Sarawak] Kaji, kawal saiz penjawat awam untuk kurangkan emolumen, faedah persaraan

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode



SIBU: Kerajaan persekutuan digesa mengkaji serta mengawal saiz penjawat awam di negara ini supaya emolumen dan faedah persaraan dapat dikurangkan.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong berkata, ini kerana berdasarkan perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan sebanyak RM233.5 bilion bagi 2022, yang mana RM86.5 bilion diperuntukkan kepada emolumen penjawat awam dan RM28 bilion untuk faedah persaraan.

"Sebanyak RM114.5 bilion atau 49 peratus daripada perbelanjaan mengurus diperuntukkan untuk emolumen penjawat awam dan faedah persaraan.

"Dan berbanding dengan 2021, jumlah perbelanjaan mengurus ialah RM219.6 bilion, di mana RM112.1 bilion atau 51 peratus diperuntukan untuk emolumen penjawat awam dan persaraan.

"Ada sedikit penurunan. Bagaimanapun, ia merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan kerana jumlah perbelanjaan pembangunan hanya RM75.6 bilion (2022).

Dengan kata lain, saraan yang dibayar kepada penjawat awam adalah lebih daripada keseluruhan pembangunan (perbelanjaan).

"Jadi, ini adalah sesuatu yang kerajaan mesti kawal. Kerajaan mesti mengawal saiz penjawat awam supaya emolumen dan faedah persaraan dapat dikurangkan.
"Agak ganjil apabila melihat bayaran kepada penjawat awam melebihi perbelanjaan pembangunan," kata Wong.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media semasa mengetuai pasukannya mengadakan kaunter 'Mobile Service 2U SUPP Team N.52 Dudong' di Best Harvest Cafe di sini, hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai RM6.3 bilion diperuntukkan kepada Sabah bagi perbelanjaan pembangunan dan Sarawak RM5.4 bilion di bawah Bajet 2023.

"Jika anda bahagikan (angka) dengan RM95 bilion (perbelanjaan pembangunan), ia adalah 6.6 peratus untuk Sabah dan 5.6 peratus untuk Sarawak. Dari pandangan mata kasar, nampaknya ia tidak adil.

"Bagaimanapun, kita menghadapi kesukaran untuk menganalisis secara terperinci berapa banyak hasil yang disumbangkan oleh kedua-dua negeri ini kepada jumlah hasil (negara).

"Kita tidak pasti dan sebab itu, saya menyokong penuh penekanan Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bahawa kita mesti ada wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya kita tahu dari mana datangnya pendapatan dan seterusnya mengetahui di mana perbelanjaan itu dikeluarkan.

"Kerana ini adalah salah satu syarat MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) untuk wakil LHDN dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Menurut Wong yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), satu lagi berita gembira untuk Sabah dan Sarawak ialah RM1.2 bilion diperuntukkan untuk penambahbaikan sekolah usang.

Beliau bagaimanapun menyatakan tiada butiran mengenai berapa banyak Sarawak akan diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Ketika memberikan pandangannya mengenai prospek tahun depan, Wong menyifatkan keadaan itu agak membimbangkan.

"Gambaran keseluruhan untuk tahun depan, ia agak membimbangkan kerana hasil kerajaan persekutuan dijangka turun sebanyak 4.4 peratus kepada RM272.57 bilion berbanding tahun lepas (2021), RM285.22 bilion," katanya.

Beliau seterusnya berkata, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menyebut bahawa ekonomi dianggarkan berkembang 4 hingga 5 peratus tahun depan, berbanding 6.5 hingga 7 peratus pada 2022, di mana terdapat unjuran kelembapannya.

Justeru, Wong menganggap bahawa inflasi adalah masalah besar.

"Kos makanan, bahan mentah dan perbelanjaan harian meningkat secara tidak terkawal," tambahnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/08/kaji-kawal-saiz-penjawat-awam-untuk-kurangkan-emolumen-faedah-persaraan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.623789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list