CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 0

[Sarawak] Ismail Sabri terima darjah kebesaran Sarawak, bawa gelaran Datuk Patinggi

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:20 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam istiadat yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Penganugerahan darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Patinggi’ itu adalah sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Abdul Taib.

Turut hadir pada acara yang bermula dari 5.15 hingga 5.30 petang itu ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan pimpinan tertinggi negeri.

Seramai 846 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.

Bandar raya Miri merupakan tuan rumah sambutan Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober. - BERNAMA


https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/09/ismail-sabri-terima-darjah-kebesaran-sarawak-bawa-gelaran-datuk-patinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.049654 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list