CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10480|Reply: 28

Kisah Berhantu [ Sharing dari Podcast ]

[Copy link]
Post time 10-10-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trexxxxxi at 26-10-2022 09:43 PM

Sis baru came across podcast ni yang banyak share pasal cerita mistik, hantu yang jadi kat Singapore. Semua tu cerita pendek dalam 15-30mins macam tu, tapi sis share random ya.


Kisah 1: Kisah MUA
Diceritakan oleh seorang MUA laki, as usual la tengah buat job wedding ni. Sampai masa nak buh lipstick, pengantin insist nak guna lipstick dia sendiri. Siap simpan dalam wardrobe ya. MUA ni pasrah ikutkan jelah, harapannya jangan le contrast sangat dengan mekap yang dia dah buat tu. Bila pengantin tu pass the lipstick tu dia cakap warnanya merah, like blood red ha. siap dengan disclaimer ya "hati2 tau sebab lipstick ni ada darah arwah nenek i"

koghasserrrr!

Walaupun terkedu mendengarkan, tapi dia ikutkan jualah kehendak pengantin tu so dia pakaikan la lipstick berdarah neneknya tu. Dia cakap bila dia letak je lipstick tu terus wajah pengantin tu nampak lain ya.

Then bersandinglah pengantin tu dengan jayanya. Tapi time majlis tu berlangsung, assistant MUA tu cakap ada nenek yang ramah sangat duk silakan orang masuk. Tapi tak pandang pun kat dia katanya. So diorang tanyakan la kat the bride tu, nenek sapa tu. Orang tu selamba jah jawab mana ada nenek mana pun tak nampak siapa pun kat arah yang ditunjukkan. Sekali lagi terkedu la theyols walaupun the assistant tu still nampak lagi nenek tu duk situ, tapi masih lagi tak pandang kat diorang.

Rupanya amalan duk pakai lipstik ka, celak yang bercampur titik darah nenek moyang keturunan keluarga ni memang masih diamalkan lagi kat sana. Tujuan nak naikkan seri pengantin katanya. Tapi mujurlah dalam cerita ni takde kejadian mistik aneh2 melarat sangat pun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishhhh. Tak contaminated ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2022 03:33 PM | Show all posts
kalo dah objektif dia asal nampak cantekkk ada kessah benda contaminated ke tidak dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2022 07:38 PM | Show all posts
Kisah 2: Penunggu Rumah

Latar belakang cerita: keluarga ni imigran dari Jawa ke Singapore. Interior rumah diorang katanya penuh dengan barangan antik, ukiran kayu benda macam tulah. Anak perempuan keluarga sorang ni suka sangat deko Bali style, jadi bilik tidur dia tu siap queen size bed bertiang siap bertirai.

Ceritanya berlaku bila anak perempuan ni remaja, dah start baligh. Hobinya suka baca novel, sampai larut malam. Kejadian pertama berlaku time dia baca novel sampai tertidur. Tapi dia macam tersedar mamai2 macam tu bila dia terperasan tirai katilnya tu macam terbuai2. tapi bukan sebab dek ditiup angin ya. Dia rasa gerakan tirai tu macam ditepuk tangan kekdahnya.

Dia abaikan so sambung tidur balik.

The next night, dia tidur dan dah pastikan tingkap bilik dah bertutup. Langsir pun rolled down. Dia pun mulakan membaca. Tapi tak lama lepas tu dia dah terperasan sesuatu dengan tirai katil dia. Kali ni tak membuai dah, macam keras sikit gerakan kain tirai tu.

She decided to tengok bebetul la spot tirai tu bergerak2 kan. dia tak nampak nyata ada tangan, tapi boleh paham la tempat tirai yang bergerak tu ada bentuk tangan. Dia pun ngadu la kejadian tu kat her parents the next morning.

Lepas tu kejadian duk gerak2 tirai tu dah stopped. Tapi ada 1 malam, this girl ni tersedar tengah malam.Bila dia terjaga tu dia pun just duduk je kat birai katilnya dulu, time tu lah dia terasa macam ada tangan duk tepis kaki dia dari bawah katil. Lepas tu haaa dia nampak cam segumpal rambut keluar dari bawah katil dia weii

Teruslah dia keluar meluru ke bilik parents dia cakap ada something la bawah katil dia. Ceritanya lagi kat bawah katil dia tu takda benda banyak pun, hanya some boxes dengan album gambar lama. Diorang periksa la bawah katil tu takda apa pun tapi this girl ni nampak la segumpal rambut tu di celah the boxes.

Tapi nothing happened dah lepas tu.

Lepas tu time raya, diorang jalan2 bergilir ziarah beraya dari rumah ke rumah kawan. Bila sampai turn rumah this girl ni, apparently dalam ramai2 geng diorang ni ada sorang yang jenis hijab terbuka. Tengah diorang duk borak2 rancaknya tu, budak hijab terbuka tu diam je duk pandang bawah. Orang tegur kenapa tak minum air ke apa dia geleng tak cakap apa. Tapi lepas tu dia mintak diri nak balik.

Time dia nak balik tu, dia cakap kat the girl tuan rumah ni ada berapa orang yang duk rumah tu? bila cakap berapa orang yang ada dalam rumah tu cecepat dia nak balik. tapi lepas tu dia mesej pulak la kat si tuan rumah ni kan. katanya time diorang duk makan2 sembang brborak apa tu semua, dia nampak ada sorang perempuan berkebaya putih duk berdiri kat area kitchen rumah tu. Rupa typical Indonesian lady yang pakai kebaya putih berbatik lepas tu.

Katanya kakak tu cantik.... tapi mulutnya duk keluar lumpur

Budak hijab terbukak ni kata time memula sampai rumah dia tak nampak pun, dia nampak time diorang duk kat area dining tu jah. Mulut duk keluar lumpur. Tapi the girl tuan rumah tu tak amik port sangat, dia anggap maybe si kawan ni saja je kot bergurau.

Lepas tu di kejadian lain. Time the girl tuan rumah ni duk mandi tetiba dia rasa cam kepala dia ditonyoh. Masa tu dia terdengar suara perempuan slang Indonesia tegur dia "kamu lagi apa?"

Terkejut la member ni terus keluar dari bilik air. Kecoh la sefamily tu kenapa kenapa tuh. Tapi rupanya this girl ni pernah dah cerita apa kawan dia nampak pasal perempuan mulut berlumpur tu kat parents dia, tapi diorang tak percaya sangat pun.

Tapi diorang ni baru nak sedar something is wrong with the house tu bila ada 1 lagi kejadian jadi. Bila si mak tu baru sudah mandi malam, duk bersiap tengah sikat rambut. tetiba dia ternampak macam ada sekor burung besar berdiri kat depan almari mengadap diorang duk tenung diorang di katil. Maknya ni pun kejutkan la si bapak yang tengah tidur, ha menjeritlah diorang bila keduanya nampak menatang tu duk mencangkung depan wardrobe mengadap diorang.

Menggelupur diorang keluar dari bilik, dan benda tu pun macam jadi mengecil slowly dan keluar ikut tingkap. katanya benda tu gondorowo (sorry kalau salah spelling).

Diorang panggil Ustaz untuk 'cuci' rumah tu lah. Sudahnya dikatakan spirit ni datangnya dari salah satu benda antik dalam rumah tu. Walaupun diorang buang barang antik tu pun, tapi spirit tu dah beranak pinak dalam rumah tu dah. Memang kena proceed la proses cuci rumah.

Time dalam proses tu, diorang kena lap dinding dengan air yang diorang bacakan ayat Quran. daripada jernih air kosong makin lama warna air tu dah bertukar jadi pink dan merah dalam baldi. katanya Ustaz tulah darah makhluk tu. Wallahualam.

Tapi lepas tu diorang dah tak ada gangguan dah. Cerita pun tamat



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 10:02 AM | Show all posts
best2 ceritanyaaa...silalah tepek lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2022 03:27 PM | Show all posts
ambil masa sikit ha sebab kena dengar balik sambil taip hehe nanti kita update
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2022 04:27 PM | Show all posts
Kisah 3: ilmu hitam

Ceritanya this family ada sorang maid dari Cirebon. Mak Incheknya dah ada 2 orang anak kecil, dan dia baru je bersalin baby no 3.

Kesahnya bila dia perasan, tiap kali buat groceries - part bahan basah specifically daging selalu cepat habis. Heran la tuan rumah tu kan apsal la daging cepat habis padahal dia masak portion lebih kurang sama je dengan bahan basah lain. Tapi daging selalu habis dulu.

Nak dijadikan cerita, rumahnya tu ada cctv termasukla area dapur. Selama ni dia tak pernah kesahkan nak check tengok, tapi kali tu tergerak hati la wei nak tengok cctv. Dia pilih 1 random date. So rakaman haritu dia nampak la the maid tu tengah nak kemaskan barang dalam peti, time dia balik shopping groceries tu.

Dia nampak the maid tu ambik la plastik yang ada daging, rendamkan. Lepas tu dia perhatikan nampak macam the maid tu macam duk bercakap2 tau. The maid tu pulak duk berdiri dekat area sinki. Dia nampak maid tu ambik a portion of daging dan pergerakan badan dia tu nampak macam dia duk offer nak ajak sesuatu nak makan tak?

Lepas tu dia nampak maid tu makan daging tu mentah2 yaa dah la nampak gelojoh pulak tu

Dan2 la dia pun terpekik la panggil maid dia tu langsung dia tanya kau buat apa ni apsal makan daging mentah macam tu? Haha selamba jah the maid tu jawab oohh sebabnya dia memang suka makan daging mentah macam tu tu kebiasaan diorang di kampung asalnya makan daging mentah hahahaha

Tuan rumahnya pun dengar lalu terbodoh jugakla. Pasal the maid tu in charge jugak bab masak memasak dalam rumah tu. so kemungkinan ada la benda pakej the maid tu dah bagi diorang kan. huhu

keadaan makan daging mentah tu tetap berlarutan ya, dan tuan rumah ni pun terasa makin lama makin rasa bodoh jah duk dalam rumah. Baby dia menangis pun dia tak kuasa nak layankan, segalanya bibik tu yang nak buatkan. Sampai satu tahap baby tu became too attached la kat bibik tu.

Satu hari, pakcik tuan rumah ni datang melawat diorang. Orang tua tu kehairanan la sebab bibik tu tak lepas2 pun baby dah kenapa mak budak tak kesahkan langsung kan. Sampai satu tahap pakcik tu tegur la kenapa bibik tu nak berdukung anak je, budak nak tidur pun tanak lepaskan. "yang belakang bibik tu suruh ya?"

Pakcik dia nampak okay ada penampakan bayang hitam tinggi kat belakang bibik tu.Haruslah bibik tu deny kan apa orang tua tu cakap. Bayang hitam tu yang duk feeding baby tu menyebabkan baby tu selalu menangis tak berenti.

Lepas tu keadaan rumah tu pun selalu je ada lipas. Walaupun diorang stay kat kondo tingkat 16, pest control pun datang. tapi selalu area dapur dengan living room yang berlipas ni padahal sampah lepas masak terus je diorang ikat plastik elok elok dan dibuang setiap hari. area lain dalam rumah tu ok jah. Tuan rumah duk ingatkan maybe jangkit dari rumah jiran kot. walaupun kehadiran lipas tu tak berkurangan ya pest control dah datang pun.

Cukuplah dengan insiden lipas dengan hal bayang hitam tu diorang pun cari perawat la ruqyahkan rumah tu. Dia dah terasa la bodoh lain macam dia ni disebabkan oleh maid dia tu jugak.

Cerita pun habis gitu je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2022 07:14 PM | Show all posts
Kisah 4: Kereta Malam

Katanya cerita ni semua sharing dari pakcik driver grab, pakcik teksi dan kawan sendiri. Jenis drive tengah malam buta semuanya maafkan sis ya kalau salah letak nama tempat, kadang sebutan dia pun tak jelas jugak.

i) kisah sorang pakcik teksi yang tengah drive area Silky road tak silap. ada 2 jambatan kat situ 1 hala ke Eunos dan 1 lagi hala ke Al Juned Crescent. Kisah ni berkisar area Eunos dan jarak antara 2 jambatan tu tak jauh pun dalam setengah minit jah.

Jadi 1 malam ni dalam jam 1pagi lagu tu, pakcik ni drive lalu area tu. Dia terasa nak pandang ke atas, dan dia ternampak sorang perempuan berdiri kat jambatan pertama. Rambut panjang paras bahu, pakai spek dan dia pasti macam perempuan Cina la. katanya lagi macam perempuan tu duk pandang dia jugak. Dan macam pakai baju sekolah, rambut tu lepas jah.

Pakcik tu drive je lah lalu kawasan jambatan 1 tu kemudian terlintas jugaklah di hati dia. apasal ada budak sekolah perempuan duk kat luar ni time2 macam nih?

Tak lama lah pakcik tu dah sampai area jambatan 2 tu, ahaa dia pun nampak budak perempuan yang sama duk berdiri di jambatan tu jugak weh. Macam duk tunggu pakcik ni sampai la. terus berastaga la pakcik tu dalam hati something is clearly not right dah. same girl same clothes. Pakcik dah cuak dengan start baca apa yang patut dan dia pon konar ke belah kiri Silky road tu. Pakcik kira drive ikut dan je lah ikut mana jalan tu keluar ke mana.

Dia masuk area jalan besar dan tetau dah masuk industrial area katanya. Walaupun dia drive takda haluan tapi dia rasa macam tak kuasa nak control the steering. Kawasan industri tu memang sunyi la haa katanya dah sampai area Tai Sing (another kilang kot). Tetiba time tu pakcik tu kata dia nampak lagi budak perempuan tu lagi duk berdiri atas lori.

Pakcik ni punya terkejut dia boleh ter break kereta sekali ya berenti kat situ. Kumat kamit la dia duk baca surah apa patut, lepas tu pakcik sambung driving balik. Memang sunyi la tempat tu takda kereta lain pun lalu, teksi pakcik sorang jelah.

Time dia sambung drive balik tu la tetiba dia dengar ya suara budak perempuan dekat telinga dia cakap "Uncle, you saw me but you don't want to stop"

Pakcik ni berenti drive skali lagi ya, siap pandang belakang lagi. sah la takda apa2 tapi dia sumpah suara tu sangat jelas berbisik kat telinga dia. Lepas tu pakcik tu gelabah jelah parking tepi jalan boleh pulak dia hisap rokok ya keadaan macam tu.

Haha bila agak semangat dia dah ada balik tu, dia masuk dalam kereta dan sambung drive balik. singgah kedai kopi minum kejap dan terus balik. nasib la takda gangguan follow up dah


ii) kisah ni pulak by a Grab driver. masa tu katanya it was a chinese ghost month jugak. dia dapat job pick up this guy kat manulife centre. bila sampai tu rupanya a couple so fine jelah. dalam perjalanan tu driver ni basa basi jelah dengan that guy. dah lama ke duk Toa Payoh etc cos destination tu ke situ, then dia tengok in a glance pun the lady just duk pandang luar cermin je tak cakap banyak. lepas bersembang lebih kurang diorang semua duk dediam jelah until sampailah destinasi. Nothing weird happened katanya. sesama mereka passengers tu pun diam jugak.

Bila sampai tu, sebabkan passenger ni dah bayar online so no need nak berurusan apa lagi la kan, dia pun terus keluar, keluar sorang jah. Driver ni tengok yang perempuan tu still macam tu jugak la duk senyap je kat seat belakang, kepala menunduk.

"Bro, how about your colleague ni?" driver tu turunkan window la cakap kat the guy.
"what colleague? I'm alone maa"
"eh boy, not funny lah" makin gelabah la wei driver ni.
"hah, what? i'm alone there's no one"

Driver ni memang tak buang masa la dia cakap kat the guy nak teman dia smoke ke haha dah tak kira dah kena saman ke apa dia kira pasang lampu hazard dan blah je dari kereta. Pandang belakang pun tidak

Tapi lepas tu dia pandang balik ke arah kereta dia memang tak nampak apa pun. Dia cakap gaya perempuan tu sumpah cam baru balik keja dengan office wear elok je. Tapi rambut tu jenis cover muka part tu dia tak fokus sangat la.

Dia chill je dengan that guy sambil cerita balik apa dia nampak tu, baru tau pucat semua


iii) ni kisah kawan si pencerita ni pulak. This friend ni jemput mak mertua dia balik kerja, around 8pm macam tu kat area Choa Chu Kang. Mak mentua ni jenis ada bau signature la, tak tahu la perfume apa tapi tu memang sejenis bau trademark mak mentua dia. Dah sampai rumah orang tu, mak mentua dia keluar je so bau signature maknya pun gone di situ jelah.

So dia pun drive gerak balik ke rumah dia lah. Tak lama lepas tu tetiba jah dia terbau macam bau yang sama dengan bau signature mak mentua dia ya. tapi punya kuat tu macam 10x ganda. Aah member dah suspense ingatkan mak mentua dia tak keluar lagi dari kereta ke apa. Tapi nan hado.

Bila bau tu datang balik, orang ni cakap dia buat silap sebab tersniff dengan kuat. Tetau hah dia boleh rasa ada hembusan nafas kuat kat leher dia. Jadi masanya untuk dia menggelupur cari bluetooth pasang orang mengaji ya huhuhu tapi time tu bunyi mengaji pun tersangkut2 weii huhu

Bila dia dah sampai area perumahan lepas tu ha baru la keadaan bertenang sikit. Yang mengaji tu pun elok jah lancar takda tersekat dah. Tapi begitu jelah gangguan manjah yang dia terkena, tapi cukup dah buat gelabah ya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 08:57 AM | Show all posts
good job tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2022 01:20 PM | Show all posts
Kisah 5: Possesion stories

Yang ni penglipurlara bagitau ada kategori pulak, kena rasuk instant ada. yang ambil masa pun ada

i) camping di pantai
dikisahkan oleh kawan si pencerita. Ni couple pengantin baru, dah bercuti honeymoon tapi still ada balance long leave tu lagi jadi diorang tak nak pegi jauh² dah cukuplah sekitar Singapore tu jah. So the husband tu cadang untuk pegi fishing jelah. Selalunya jenis balik hari tapi kali ni rasa cam why not kita gi pasang khemah overnite skali 1 malam, balik pagi buta keesokannya. Lokasi dipilih Changi Beach.

ok jelah suasana hari tu, dah settle siap fishing dia pun dah naikkan joran. the wife tu dah tak larat dah nak berjaga lewat sangat so she went in first. Yang si husband bertahan until around 3am katanya, dapatla ikan 3 ekor since fishing sejak jam 10pm tadi. Jadi dia pun masuklah ke dalam khemah, too tired also jadi memang tak lama la dia pun ketiduran.

Dalam 15 minit terlelap tu dia cakap dia terjaga sebab dia terdengar cam ada bunyi tangan bertepuk. Dia rasa cam mimpi jah sebab bunyi tu lama jugak jadinya. bila dah bukak mata pun bunyi tu masih ada. Dia pulak tidur membelakangi the wife, tapi tak puas hati punya pasal so dia pun bangunlah. Dan dia pun pandang la ke arah wife nya.

Dia nampak si wife tu dah duduk bersila ya, mata tertutup tapi duk bertepuk tangan macam 'buddha clap' katanya. dia panggil la wife nya tu berkali jugak tapi tak menyahut. tangan masih lagi bertepuk macam tu jugak la. Dia rasa dah lain macam ni bukan mengigau dah ni so dia terasa nak panggil wife dia tu by nama penuhnya.

Bila kena panggil by full name tu, wife dia macam ketawa kecik bergilir dengan bunyi macam nak menangis pun ada ya, tangan masih lagi duk bertepukan macam tu. Dah sudah, yang laki ni start rasa panik dah apa kena dengan bini dia ni.

Dia keluarkan iPad dan start pasang surah yasin. ahh dari bunyi bertepuk tangan wife dia senyap, tak ketawa tak bunyi cam menangis tu dah. Tapi tubuh dia dah start bergoyang depan belakang macam orang duk meratib tu. and yes she did chanting something. bunyi tu slow je tapi dia bebetul fokus nak dengar apa benda bunyi chanting tu kan.

"bini kau cantik. bini kau cantik. bini kau cantik." non stop

makin la haru perasaan laki ni, sah ni konfem bukan hantu perempuan yang masuk ni serba salah la dia nak keluar dari khemah pun tak boleh takkan nak tinggalkan wife dia sorang pulak. nak jerit pun dia tak nak kepoh pulak (tak pasti ada campers lain ke tidak yang berdekatan) so dia pasrah jelah tunggu dengan keep on repeating pasang surah yasin tu. The wife memang tak stop jugak duduk tubuh bergoyang macam tu duk bini kau cantik bini kau cantik

Dia tunggu sampai subuh ya, dalam sejam setengah macam tu. elok jah subuh masuk kejadian tu pun berhenti. Then wife dia pun macam orang tersedar tidur macam tu jah reaksinya. Dia tak la pulak nak alarmed the wife what happened tu cuma dia suruh wife dia tido jelah mesti penat kan.

Dah cerah tanah baru diorang cabut khemah dan gerak balik. Sampai rumah dia tanya the wife tahu tak apa jadi tapi she said tak tahu apa. Until 3 days later baru wife nya bukak cerita. rupanya pada masa malam tu, bila wife tu masuk dalam khemah dia dengar bunyi macam orang korek tanah bebetul kat tępi khemah diorang. kuat jugak la bunyi tanah kena korek tu buat dia takut and she started calling her husband tapi senyap takda jawapan. Dia siap jerit lah katanya tapi husband dia tak menyahut pun.

Yang husband tu jawab memang tak dengar apa pun, senyap sunyi je. tetau bila dia masuk ke dalam khemah nak tidur tu jelah dia start bunyi bertepukan tu kan. Yang si wife cerita masa dia duk panggil husband dia tu tetau dia blacked out dah. rasa the whole body cam kena karan. Bila dia sedar tu yang dia nampak her husband duk pegang dia tu kan.

Member ingat dia black out kejap je tapi rupanya berjam jugak la huhu. Cerita habis begitu je nasib baik takda gangguan follow up ke apa. Merasa la ha badan dimasuki entiti kejap.


ii) kisah di Bali
this couple pergi holiday anniversary, booked a pool villa all for themselves. macam biasa la aktiviti pergi dinner then diorang pegi tengok kecak dance later. yang masa tu lah the wife ada tegur scarry jugak tengok mata dancers tu eh

the next day, diorang keluar pergi shopping. time ni lah the husband tu noticed something wrong kat the wife ni. tetiba jah wife dia tu fasih pulak cakap indonesia duk tegur sellers semua tu. tapi dia diamkan jelah.

lepas tu diorang just stayed kat villa je, resting. bila diorang duk chill kat pool and the husband tu berenang sorang, dia boleh nampak wife nya yang standing by the pool tu macam duk buat gerakan Bali dance sama cam show diorang pegi from night before. Bila dia tegur you buat apa tu, wife dia jawab nak masuk bilik dulu lah nak mandi and tidur dah.

Malam tu huhu husband tu kata the wife tu lain macam jugak semangatnya, aggressive and it felt like he's not only with the wife jah ni. bangun pagi tu pun dia kata belakang badan penuh cakaran jugak tapi sikit pun dia tak teragak wife ni dah kena sampuk ke apa.

Siang hari tu diorang cuma stayed in je and dia pun duk kat dapur masak lunch for them. masa tu la the wife tu bukak playlist gamelan and he was like okkaayyyy apsal tetiba wife aku ni sejenis into culture pulak kan tapi dia biarkan jelah until dia dah siap masak tu baru terpandang kat arah wife nya. rupanya member kemain duk buat tarian Bali ya, siap dengan duk main mata lagi huhu situlah dia dah cuak ni bukan wife dia dah ni.

So dia keluar la cari tanya kat management villa tu can somebody tolong tengokkan keadaan wife dia tak? Nasib la staff tanya dulu dia muslim ke hindu then diorang usahakan cari kiyai ke ustaz lama jugak la nak jumpanya

Bila orang yang boleh tengokkan tu sampai, dia start baca doa apa patut dan tutup muzik gamelan tu but the wife tu keep on dancing ya, walaupun dah start menangis. setengah jam jugak la baru wife nya calmed down and okay lepas dapat air ruqyah.

Sambil tu kiyai tu tanya jugak la diorang ni solat ke tidak? kantoi la kan so free tazkirah di situ. Mujurlah sampukan tu tak kuat mana pun, gangguan manjah je until dah sampai Singapore she's all fine. Jadi begitulah natijah kesahnya, pergilah ke mana pun mulut kena jaga zip rapat jangan ditegur yang tak patut.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
TT pls sambung lg
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 14-10-2022 01:20 PM
Kisah 5: Possesion stories

Yang ni penglipurlara bagitau ada kategori pulak, kena rasuk instant ada ...

Kisah kt bali tu teringat plak citer kt sebelah tu,org US kene rasuk masa tengok kuda kepang kt bali sampai kene lempang tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2022 07:25 AM | Show all posts
annehuda replied at 16-10-2022 12:55 PM
Kisah kt bali tu teringat plak citer kt sebelah tu,org US kene rasuk masa tengok kuda kepang kt ba ...

la ye ke? memang tak boleh ditegur ya diorang tu
nanti kita sambung balik ya mod nak dengar ni pun kena piih time jugak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 12:45 PM | Show all posts
kecak dance tu mmg menakutkan kann?ghalit sgt..tambh2 show waktu mghrib...kt uluwattu jugak best..kalau indoor tu ngantuk jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 12-10-2022 03:27 PM
ambil masa sikit ha sebab kena dengar balik sambil taip hehe nanti kita update

Dgr kat podcast maner? Interesting.. tapi mcam seram nk dgr sndri so better baca yg u citer je lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2022 05:33 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 17-10-2022 12:45 PM
kecak dance tu mmg menakutkan kann?ghalit sgt..tambh2 show waktu mghrib...kt uluwattu jugak best..ka ...

ya memang terasa sesuatuh tapi alah sebijik pulau tu pun memuja kiri kanan kan
my least fave place tbh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2022 05:36 PM | Show all posts
ibugarang replied at 18-10-2022 01:32 PM
Dgr kat podcast maner? Interesting.. tapi mcam seram nk dgr sndri so better baca yg u citer je lah ...

lepak korner ke apa tah namanya. haha nak dengar ni pun kena sabar jugak part orang ni menceceh merapik tu banyak nak kena filter
sis share kat sini ada yang maybe tak layan podcast kan.

Ni pun baru sambung layan balik ni, later sikit kita hapdet ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2022 06:01 PM | Show all posts
ahyooo dah taip separuh dia boleh hilang begitu saja.
haihhhh sis kena taip sesiap kat notes dulu la baru tepek sini.
jangan bergurau la weiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 18-10-2022 06:01 PM
ahyooo dah taip separuh dia boleh hilang begitu saja.
haihhhh sis kena taip sesiap kat notes dulu l ...

Typing kat phone ker?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 04:26 PM | Show all posts
we want more...hhhahhaa gud tt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066788 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list