View: 424|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Negeri Sembilan sudah buka PPS pertama
[Copy link]
|
|
PPS pertama dibuka di negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pilah, bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Tanjung Jati dan Kampung Kuala Gentam yang dinaiki air petang semalam. FOTO ihsan APM
Kuala Pilah: Pusat pemindahan sementara (PPS) pertama dibuka di negeri ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pilah, bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Tanjung Jati dan Kampung Kuala Gentam yang dinaiki air petang semalam.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, PPS berkenaan dibuka pada 4 petang semalam.
"Berikutan hujan lebat yang berterusan dari 5 pagi menyebabkan limpahan air Sungai Muar dan paras air sungai menunjukkan trend menaik.
"Sehingga 6.50 petang semalam, bacaan paras air Sungai Muar pada 63.35 meter iaitu pada tahap amaran.
"Susulan itu, dua kampung iaitu Kampung Tanjung Jati dan Kampung Kuala Gentam dinaiki air menyebabkan sembilan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, ketika ini terdapat 24 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS yang terdiri daripada tujuh kanak-kanak, lima warga emas dan selebihnya adalah orang dewasa.
Menurutnya, pemantauan keadaan semasa di kedua-dua kampung berkenaan mendapati banjir sudah surut sepenuhnya, namun kediaman penduduk diselaputi lumpur.
"Ketika ini semua mangsa masih ditempatkan di PPS dan tidak dibenarkan pulang sehingga diberitahu nanti.
"Bagaimanapun, keadaan cuaca baik dan air sungai juga menunjukkan trend menurun.
"Anggota kami melakukan pemantauan berterusan terutama di kawasan panas. Orang ramai diminta mengikut nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa ketika bencana bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-buka-pps-pertama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|