CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiga minit larikan Hilux

[Copy link]
Post time 10-10-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV menunjukkan penjenayah menghampiri Toyota Hilux milik mangsa. FOTO ihsan pembaca

Nilai: Dalam masa tiga minit, sekumpulan penjenayah dirakam melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang lelaki yang diparkir di hadapan kediamannya di Taman Desa Indah, Putra Nilai, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, seorang suspek dilihat mendekati Toyota Hilux manakala salah seorang daripada mereka menunggu di dalam kereta.

Pemilik kenderaan, S Dinend, 26, berkata, daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumahnya, pencuri itu dilihat sangat mahir kerana hanya mengambil masa tiga minit untuk menghidupkan kenderaan tanpa mengeluarkan bunyi penggera.


"Ketika kejadian saya sedang tidur dan hanya menyedari pacuan empat roda itu dilarikan selepas dimaklumkan melalui panggilan telefon daripada pusat khidmat pelanggan Toyota.

"Kenderaan saya itu memiliki sistem penggera dan pengesanan kedudukan global (GPS). Pusat khidmat memaklumkan kenderaan saya mungkin dilarikan sebelum saya memeriksa di luar rumah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dinend berkata, dia kemudiannya memeriksa CCTV dan mendapati sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu berhenti di hadapan Toyota Hilux miliknya sebelum seorang lelaki dilihat keluar dan menghampiri kenderaan itu.

"Daripada rakaman, kumpulan ini sangat mahir melakukan kerja mencuri kereta. Saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan nombor pendaftaran Honda Civic yang digunakan suspek adalah palsu.

"Kami menerima laporan daripada mangsa dan kini sedang melakukan siasatan untuk memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... minit-larikan-hilux

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074106 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list