CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: 442 kes baharu, 2 kematian minggu epidemiologi ke-40

[Copy link]
Post time 10-10-2022 08:14 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 pada minggu epidemiologi ke-40 iaitu 442 kes berbanding 516 kes pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memberitahu, penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 316,120 kes.

Menurutnya, sebanyak 429 kes berada di bawah kategori satu dan dua, manakala 13 kes di bawah kategori klinikal tiga, empat dan lima.

"Kuching merekodkan 160 kes diikuti Sibu (67), Miri (72), Bintulu (31), Sarikei (15), Sarikei (18), Samarahan (14), Bau (10), Dalat (7), Mukah (7), Serian (6) manakala Sri Aman (4).

"Tujuh kes direkodkan di Lubok Antu, Marudi (6), Matu dan Tanjung Manis lima kes masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Limbang tiga kes dan Betong, Simunjan, Saratok, Meradong, Lundu masing-masing (2) kes sementara Daro, Lawas serta Tatau (1) kes masing-masing.

10 daerah lain iaitu, Bukit Mabong, Sebauh, Tebedu, Selangau, Telang Usan, Belaga, Beluru, Kabong, Subis, Pusa, Kanowit dan Pakan mencatatkan sifar kes baharu.

Dalam pada itu, terdapat dua kes kematian baharu direkodkan pada minggu epidemiologi ke-40.

Dua kematian itu dilaporkan masing-masing satu kes di Sibu dan Miri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.980930 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list