View: 396|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Negeri Sembilan, Selangor belum keluar kenyataan rasmi pembubaran Dun
[Copy link]
|
|
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Seremban: Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan kerajaan negeri sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), setakat 5 petang hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun membayangkan kemungkinan Dun tidak akan dibubarkan serentak dengan Parlimen.
Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan baru-baru ini bahawa Dun tiga negeri di bawah gabungan itu tidak akan dibubarkan jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.
Di SELANGOR, kerajaan negeri juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun difahamkan berkemungkinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat.
Ia sebagaimana yang dilaksanakan Menteri Besar susulan pembubaran Parlimen.
Terdahulu, Kelantan menjadi negeri pertama yang kekal pendirian untuk tidak membubarkan Dun selepas pengumuman kira-kira 3 petang tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asmi-pembubaran-dun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|