CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Sarawak] Hujan berterusan di utara Sarawak 12-14 Oktober

[Copy link]
Post time 11-10-2022 06:11 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Hujan berterusan diramalkan turun di utara Sarawak melibatkan Daro, Matu, Dalat, Mukah, Bintulu, Subis, Miri dan Marudi termasuk Limbang pada 12 hingga 14 Oktober ini.

Pengarah Meteorologi Sarawak Kharul Najib mengingatkan orang ramai yang tinggal di kawasan rendah kerap banjir agar waspada dengan bersiap sedia serta mendapatkan maklumat terkini berkenaan cuaca daripada pihak berkuasa.

Orang awam juga boleh merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta muat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat sahih.

Analisis model ramalan dan kajian cuaca MET Malaysia (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System menjangkakan angin barat dijangka bertiup kencang dan tertumpu ke arah utara Sarawak dan Barat Sabah termasuk Labuan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.856258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list