CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

[Sarawak] RM131,790 lesap, ejen insurans terjerat 'Macau Scam'

[Copy link]
Post time 13-10-2022 07:38 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang wanita warga emas di sini mengalami kerugian RM131,790 selepas terjerat dengan modus operandi sindiket 'Macau Scam' yang mendakwa dia telah mendaftar untuk memohon kad kredit.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 64 tahun yang merupakan seorang ejen insurans.

"Kejadian itu bermula pada 6 Oktober lalu di mana mangsa telah dihubungi oleh nombor tidak dikenali yang mendakwa daripada sebuah bank dan memaklumkan mangsa telah mendaftar untuk mendapatkan kad kredit bank berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa menafikan ada membuat pendaftaran untuk memohon kad kredit terbabit, namun panggilan terus disambungkan kepada seorang individu lain yang kononnya daripada Bank Negara Malaysia.

"Mangsa diminta memberikan maklumat akaun untuk kesemua bank mangsa, kononnya untuk tujuan menyekat wang mangsa daripada dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa telah mendedahkan segala maklumat yang diminta pemanggil termasuk kata nama, kata laluan dan nombor kad bank bagi dua akaun serta maklumat satu akaun kad kredit miliknya.

Zulkipli berkata, mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila membuat semakan ke atas baki akaunnya di sebuah cawangan bank di sini pada Selasa dan mendapati wangnya telah berkurangan sebanyak RM131,790.

"Semakan pengadu mendapati sebanyak 14 transaksi pemindahan wang ke akaun yang tidak dikenali melalui 14 transaksi pada 6 Oktober lalu, lantas teringat panggilan yang diterimanya tempoh hari rupa-rupanya daripada 'scammer'," katanya.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tipu helah 'scammer'.

"Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan pemanggil tanpa terlebih dahulu membuat semakan dan menghubungi pihak polis atau institusi kewangan berkaitan.

"Elakkan daripada melayan mana-mana panggilan yang meminta maklumat peribadi terutama membabitkan akaun bank atau kongsikan situasi yang dihadapi atau dapatkan pandangan daripada ahli keluarga, kenalan dan pihak berkuasa sekiranya menerima panggilan yang meminta maklumat akaun, bayaran atau pemindahan wang," katanya lanjut.

Sebarang nasihat dan kemusykilan berkaitan jenayah komersial boleh dirujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.

Tambah Zulkipli, orang ramai juga diminta untuk membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.558087 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list