CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

[Sarawak] Acara Cats Around the World sempena Miss Tourism International promosi keunikan Sarawak

[Copy link]
Post time 13-10-2022 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Acara Cats Around the World sempena Miss Tourism International promosi keunikan Sarawak



Ting (tengah) bersama Esther (kanan) dan Eijing menunjukkan poster program Cats Around The World 2022 yang akan diadakan sempena Miss Tourism International Ke-25 World Final 2022/2023 pada sidang media, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Penganjuran acara Cats Around the World 2022 sempena Miss Tourism International Ke-25 World Final 2022/2023 mampu mempromosikan keunikan Sarawak kepada dunia, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.
Menurutnya, acara julung kali diadakan itu bakal mengetengahkan 50 hingga 60 ekor kucing tempatan dan akan berlangsung di Farley Mall Kuching, di sini.

"Saya difahamkan aktiviti bertemakan kucing ini akan mewujudkan kesan baik dan sinergi untuk industri pelancongan mampan kita, selain menjadi sebahagian daripada siri acara mengalu-alukan 50 hingga 60 ratu cantik (Miss Tourism International) dari seluruh dunia ke Sarawak, November ini.

"Dengan sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan, seperti Farley Mall, satu lagi jenama dan perusahaan kelahiran tempatan, kita boleh menjangkakan lebih banyak keterujaan tentang acara akhir Miss Tourism International akan datang yang berlangsung selama 18 hari iaitu dari 11 hingga 28 November," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Cats Around the World 2022 yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Miss Tourism International Ke-25 World Final 2022/2023 merangkap Pengerusi YAST Group Esther Law dan Pengarah Farley Mall (Kuching) Eijing Lau di sini, hari ini.

Menurut Ting, kerajaan Sarawak sedang giat mempromosikan industri pelancongan negeri dan juga aktif menyokong sektor swasta dalam mempromosikan aktiviti berkaitan pelancongan.
Kerajaan negeri menerusi kementerian katanya, akan memberikan sokongan yang terbaik untuk menjayakan acara yang diadakan itu.

"Saya sangat teruja kerana melalui pengumuman ini, kita menyaksikan satu lagi kejayaan yang dicapai dalam membawa dunia ke Sarawak.

"Saya mengharapkan kejayaan dalam penganjuran Miss Tourism International World Final Ke-25 2022/2023 dalam mempromosikan keunikan Sarawak kepada dunia," katanya.

Sementara itu, Esther berkata Cats Around The World merupakan projek perintis oleh YAST Group dan D'Touch International, dan YAST Group telah menjemput Farley Group sebagai rakan kongsi untuk edisi pertama acara tersebut bagi tahun ini.

Katanya, acara itu turut disenaraikan sebagai salah satu aktiviti promosi sebelum acara kemuncak Miss Tourism International Ke-25 World 2022/2023 yang bakal berlangsung yang dihoskan oleh YAST Group dan D'Touch International di Kuching pada November nanti.

Beliau berkata, Cats Around The World juga akan menjadi acara tahunan yang menarik di dalam dan luar negara. YAST Group dan Farley Group sebelum ini telah menandatangani perjanjian persefahaman dalam kerjasama penganjuran Cats Around The World 2022.

"Tujuan utama acara Cats Around The World ini adalah untuk mempromosikan bandar raya Kuching, bandar kucing atau 'pusak' Sarawak.

"Penganjur akan menggabungkan Cats Around The World sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi untuk Miss Tourism International World Final," katanya.

Di samping itu, YAST Group sebagai penganjur bagi Miss Tourism International Ke-25 World Final 2022/2023, akan menetapkan acara Cats Around the World sebagai salah satu aktiviti sampingan sebelum acara pertandingan kemuncak.

Sebagai rakan penganjur bersama Cats Around The World, Farley Group amat teruja dan mengalu-alukan ratu cantik dari 50 hingga 60 negara ke Kuching, Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.552969 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list