View: 423|Reply: 0
|
[Johor]
Rumah pam Kampung Pasir bakal dinaik taraf tangani banjir berulang
[Copy link]
|
|
(Gambar fail) Keadaan rumah pam di Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru. - NSTP/MARY VICTORIA DASS
JOHOR BAHRU: Dalam usaha menangani masalah banjir kilat yang kerap berulang di Kampung Pasir, Tampoi, di sini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bakal menaik taraf rumah pam di perkampungan itu.
Jurutera JPS Daerah Johor Bahru, Abdul Razak Abdul Aziz, berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan.
Ketika ini, katanya, dua pam sedia ada hanya berupaya menyedut air 30 kaki padu per saat, namun tidak mampu menampung kapasiti banjir akibat pertembungan hujan lebat dengan air pasang besar.
Justeru, beliau berkata, penambahan pam di rumah pam kampung itu nanti diharap dapat mengatasi isu banjir kilat yang sering melanda kampung berkenaan.
"Buat masa ini, kedua-dua pam sedia ada itu akan beroperasi ketika hujan dan pertembungan air pasang di Sungai Skudai.
"Selain Kampung Pasir, Kampung Sri Serdang di Tampoi juga mempunyai satu pam berkapasiti 10 kaki padu per saat untuk menguruskan risiko banjir di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di kawasan rumah pam terbabit.
Abdul Razak memaklumkan sebagai langkah jangka pendek, pihaknya mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk melakukan kerja pembersihan di sepanjang 800 meter longkang dan parit di kampung berkenaan.
Pada 25 September lalu, BH melaporkan penduduk Kampung Pasir khuatir keadaan rumah pam kolam takungan banjir berusia 20 tahun yang belum dinaik taraf serta didakwa tidak diselenggara dengan sebaik mungkin sejak kebelakangan ini, boleh menyebabkan banjir terus berulang di kawasan itu.
Penempatan itu pernah dilanda banjir besar pada 2020, selain mengalami banjir kilat pada April lalu dan beberapa insiden sama sepanjang tempoh September hingga awal bulan ini.
Penduduk turut berharap pihak berkaitan dapat membina tembok pemisah antara kolam dengan rumah yang terletak berhampiran tebing, kerana mudah diancam banjir apabila hujan lebat bertembung air pasang.
https://www.bharian.com.my/berit ... ani-banjir-berulang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|