CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Johor] 'Lori dipercayai dipandu laju ketika jalan sesak'

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba melakukan operasi pemadaman dan penyelamatan dalam kemalangan maut di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di sini, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Kulai: "Ketika kejadian, jalan memang sesak, tiba-tiba datang sebuah lori lorong kiri laju terus melanggar beberapa buah kenderaan." Demikian kata saksi kejadian, Mohd Ridhwan Othman, saksi kejadian nahas empat kenderaan yang menyebabkan dua mangsa rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat sini, malam tadi.

Dia yang pada masa itu dalam perjalanan ke Johor Bahru berkata, jalan sedikit sesak dan kenderaan bergerak perlahan ketika itu.

"Ketika kejadian saya memang berada di lokasi, pergerakan kenderaan perlahan ketika itu.


"Di lorong kiri, tentunya untuk pemanduan yang tidak laju, tetapi tiba-tiba datang sebuah lori terus merempuh beberapa kenderaan lain.

"Kejadian sangat pantas, tidak lama kemudian beberapa kenderaan terus terbakar dan api marak. Seorang lelaki menjerit memanggil isterinya dan memberitahu kami bahawa terdapat isterinya di dalam kereta yang terbakar.

"Kami hanya boleh menenangkan lelaki tersebut dan membawanya ke kawasan jauh sedikit demi keselamatannya," katanya ketika dihubungi di sini.

Jelas Mohd Ridhwan, akibat kemalangan itu, lebuh raya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi tujuan operasi pemadaman dan penyelamatan.

"Saya lihat memang sesak lebuh raya akibat kemalangan ini. Hampir tiga hingga lima jam tersekat di atas lebuh raya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ketika-jalan-sesak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.751870 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list