View: 455|Reply: 0
|
[Johor]
Padah cuba sogok polis RM90,000
[Copy link]
|
|
WANG dan barang kes yang drampas polis. FOTO Ihsan Polis
Johor Bahru: Seorang lelaki ditahan selepas menawarkan RM90,000 kepada polis sebagai dorongan supaya melepaskan rakannya yang disiasat berhubung kes tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah restoran dekat Taman Suria di sini, kelmarin selepas mengadakan pertemuan dengan polis.
"Dalam perjumpaan itu, suspek menawarkan wang tunai sebanyak RM90,000 sebagai suapan dan dorongan untuk membebaskan rakannya.
"Kita memberikan amaran untuk tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak untuk menerima wang berkenaan. Tangkapan kemudian dibuat ke atas suspek dan merampas wang tunai yang cuba diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, kes itu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, Kamarul zaman berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) menyerbu sebuah unit apartmen di Jalan Tanjung Puteri di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.
Menurut beliau, serbuan dan pemeriksaan ke atas apartmen itu dibuat kerana dipercayai digunakan sebagai pusat panggilan yang menawarkan tawaran kerja atas talian yang tidak wujud.
Katanya, dalam serbuan yang dijalankan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun dan beberapa rampasan peralatan yang digunakan untuk berhubung dan memperdayakan mangsa.
"Ketika proses awal siasatan dijalankan, pasukan serbuan menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan kepada tangkapan dalam serbuan itu.
"Lelaki itu mahu berjumpa dengan polis di sebuah restoran di Taman Suria sebelum menawarkan rasuah terbabit," katanya.
Pada masa sama, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai supaya tidak menawarkan atau memberi rasuah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sogok-polis-rm90000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|