View: 425|Reply: 0
|
[Johor]
Takut sesat rupanya..
[Copy link]
|
|
WANITA ditahan bersama Perodua Myvi. FOTO Ihsan Polis.
Kulai: Gara-gara terlepas simpang keluar lebuh raya dan takut tersesat menjadi alasan seorang wanita untuk memandu secara melawan arus, semalam.
Wanita terbabit yang memandu Perodua Myvi secara melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kulai, di sini yang tular sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari di sebuah pangsapuri di kawasan Kangkar Pulai, Skudai di sini.
"Pemandu memaklumkan terlepas simpang Senai utara, (disebabkan) bimbang tersesat lagi jauh, dia mengambil keputusan patah balik.
"Pemandu yang kurang pengalaman menggunakan jalan lebuh raya juga dipercayai menjadi punca kejadian.
"Suspek dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan selanjutnya. Polis turut merampas kereta Perodua Myvi untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, tular sebuah video berdurasi 11 saat memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi bergerak melawan arus dengan memasang lampu kecemasan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... takut-sesat-rupanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|