CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 1

[Pulau Pinang] Van terbabas, 10 pekerja kilang cedera

[Copy link]
Post time 20-10-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah van kilang terbabas di Kilometer 151.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Tambun Juru, pagi tadi. NSTP/Ihsan JBPM

NIBONG TEBAL: Sepuluh pekerja kilang termasuk seorang pemandu cedera selepas van dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 151.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Tambun Juru, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Pegawai Bomba Kanan (PBKII) Azhar Samsudin, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.38 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, sebuah van didapati terbabas dan melanggar tiang.

"Insiden itu menyebabkan pemandu van tersepit di dalam kenderaan, dua mangsa patah anggota badan manakala tujuh lagi mangsa cedera ringan.

"Pasukan penyelamat kemudian melakukan kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 7.34 pagi." katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya, untuk rawatan.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.47 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kerja-kilang-cedera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 11:15 AM | Show all posts
van nmpak teruk, harap semua selmat.. kesian tu baru balik ke nk pergi kerja tuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 1.854164 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list