View: 8697|Reply: 0
|
Hari-hari sedut bau tahi kucing jiran, nak buat tembok takut gaduh pulak!
[Copy link]
|
|
Isu melibatkan haiwan peliharaan di kawasan kejiranan bukanlah perkara baharu.
Meskipun banyak luahan atau rungutan yang dikongsikan di media sosial mengenai sikap segelintir individu yang tidak menjaga kebersihan hingga mengganggu jiran, namun ia terus diabaikan.
Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang individu ini di Facebook, yang mana dia terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan gara-gara jirannya yang merupakan pencinta kucing.
"Jiran saya pencinta kucing. Belakang rumah dia letak sangkar-sangkar kucing dengan banyak. Cuma, bau litter box sangat-sangat kuat, sampai masuk ke dalam rumah.
Bekas berisi najis kucing perlu sentiasan dibersihkan untuk mengelakkan kehadiran baru kurang menyenangkan. -Gambar hiasan
"Buka tingkap pun bau najis kucing je. Lalat langau pun banyak jadinya," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman grup Tukang Apa Hari Ini.
Individu yang tidak mendedahkan identiti tersebut berkata, dia kini berada dalam dilema antara mahu menjaga hubungan baik dengan jirannya, dan dalam masa yang sama buntu untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah bau najis kucing tanpa menimbulkan ketegangan.
Ini kerana lokasi rumahnya dan rumah jiran yang terletak bersebelahan hanya dipisahkan oleh dinding konkrit pada bahagian laman belakang.
"Boleh bagi cadangan untuk tutup dinding tu? Dinding bata tu jiran yang buat.
”Selain daripada minta izin jiran untuk tinggikan dinding dia, apa cara yang saya boleh buat di belah saya? Kalau boleh tak nak libatkan jiran ni.
"Tepi dinding tu ada saliran longkang kecil dan tak nak tutup longkang tu kalau boleh. Ada cadangan ke?" soalnya meminta cadangan warga maya.
Ruangan komen meriah dengan perkongsian pendapat oleh netizen yang memberi pelbagai cadangan, selain memujinya kerana masih bersabar dan mahu menjaga hubungan baik dengan jiran.
"Cuba tanam serai sepanjang dinding tu.
"Buat exhaust fan tolak bau ke luar. Ataupun letak banyak-banyak air purifier carbon filter. Kena beli yang elok sikit baru hilang bau.
"Buat dinding simen baru, double je bata dia tu," demikian antara komen netizen.
Namun begitu, ramai menyarankan supaya individu berkenaan mengambil tindakan yang lebih tegas kerana membabitkan isu kebersihan dan gangguan kepada jiran.
"Report majlis je, kalau banyak kali kena report nanti dia beringat dan rajin kemas sangkar kucing.
"Untuk jimat, kena beranikan diri beritahu dekat jiran walaupun terpaksa berperang.
"Naikkan je dinding. Belah sana pun dah naik. Baik masam muka daripada bau tahi masam," komen segelintir netizen lain.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|