View: 520|Reply: 0
|
[Johor]
Nakhoda kapal didenda RM5,000 halang tugas penjawat awam
[Copy link]
|
|
Seorang nakhoda kapal warga Georgia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di Kota Tinggi, semalam, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. - Foto ihsan Maritim Malaysia
KOTA TINGGI: Seorang nakhoda kapal warga Georgia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan, hari ini, Tsetskhladze Alexander, 47, dijatuhi hukuman itu selepas lelaki terbabit mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.
Tertuduh yang bertugas sebagai nakhoda kapal tangki, MT SIMBA yang berdaftar di Kribi, didakwa gagal memberikan kerjasama ketika cuba diperiksa oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan operasi Op Jangkar Haram, 15 Oktober lalu.
Susulan itu, menurut kenyataan berkenaan, Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia terpaksa diatur gerak dan kaedah 'Force Boarding' digunakan.
"Hasil pemeriksaan mendapati MT SIMBA yang bersauh di kedudukan 24.8 batu nautika Tanjung Siang disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tiada kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Laut Malaysia," katanya.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... tugas-penjawat-awam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|