CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Pulau Pinang] ASP mengaku tidak bersalah ubah wang haram RM20,000

[Copy link]
Post time 21-10-2022 10:41 PM | Show all posts |Read mode
ASP mengaku tidak bersalah ubah wang haram RM20,000

21 Oktober 2022   12:56pm






Ameyrudin pada Ogos tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah atas dua pertuduhan menerima rasuah. - Foto Bernama




BUTTERWORTH - Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram melibatkan RM20,000.

Ameyrudin Ahmad Zuki, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyembunyikan wang berjumlah RM10,000 yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam akaun rakannya, Shahirudin Mohamad, melalui tiga transaksi deposit di Bank Islam Malaysia Bhd Kepala Batas.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyembunyikan wang hasil aktiviti haram dalam jumlah yang sama juga ke dalam akaun milik Shahirudin, melalui tiga transaksi deposit di Malayan Banking Bhd Kepala Batas.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 4 Ogos 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Shahrom Idris memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana mengambil kira tahap keseriusan kes yang melibatkan anggota polis, namun peguam Ameyrudin, Y Yogeswaran memohon jaminan sebanyak RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan.


Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 20 Disember untuk sebutan semula kes. - Bernama






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 1.013815 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list