CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 0

[Johor] Wanita rugi RM426,450 ditipu ‘Sarjan Ong’

[Copy link]
Post time 22-10-2022 12:53 PM | Show all posts |Read mode


BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas kerugian RM426,450 selepas ditipu seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Ong’ dari Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang berusia 71 tahun sebelum itu menerima panggilan daripada suspek pada Ogos lalu mendakwa sebagai pegawai polis.

Suspek memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Ong’ memberitahu mangsa mempunyai hutang dengan pihak bank sebelum panggilan disambungkan kepada ‘Datuk Seri’ yang mengatakan pengadu juga terlibat jenayah dadah.

“Suspek kemudian menawarkan mangsa bantuan untuk menyelesaikan kes yang mangsa hadapi dengan membuat pembayaran ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Mangsa yang percaya dengan dakwaan suspek membuat empat kali pembayaran menerusi mesin ATM dan sekali transaksi secara dalam talian yang semuanya berjumlah RM426,450.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -ditipu-sarjan-ong/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.615077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list