View: 419|Reply: 0
|
[Johor]
Warga Indonesia terabai diselamatkan
[Copy link]
|
|
KEADAAN Nurmanto yang terlantar sakit sebelum diselamatkan Konsulat Republik Indonesia. FOTO tular
Johor Bahru: Seorang pekerja Indonesia yang menjadi mangsa pengabaian majikan selepas jatuh sakit sejak lebih seminggu lalu akhirnya diselamatkan hari ini.
Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto, berkata berdasarkan aduan diterima, pihaknya menjalankan siasatan serta meninjau keadaan sebenar lelaki berkenaan.
Menurutnya, terdahulu kisah lelaki berkenaan, Nurmanto, 57, turut tular di media sosial serta menerima perhatian ramai disebabkan sakit dan tidak terurus.
Katanya, pihaknya berjaya menghubungi seorang warga Bangladesh Bilal Mia yang dipercayai berkongsi kisah itu di media sosial.
"Kami mendapati warga Indonesia berkenaan benar sakit dan dalam keadaan tidak terurus. Malangnya tidak bertanggungjawab.
"Kami dalam usaha menjejaki majikannya serta warisnya sekiranya tinggal di negara ini," katanya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan juga dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan sesuai.
"Kami berterima kasih kepada semua yang menyalurkan maklumat dan membolehkan kami bertindak segera," katanya yang turut melawat mangsa.
Sementara itu, Bilal, 36, bersyukur kerana akhirnya rakannya itu dibantu dan pelbagai pihak menghubunginya serta menyatakan bersimpati dengan keadaannya.
"Saya bersyukur kerana dia tidak lagi terbiar, diharap pihak konsulat Republik Indonesia mengambil tindakan sesuai sama ada mahu menghantarnya pulang atau mengesan warisnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakannya," katanya.
Bilal membantu rakannya itu termasuk menjaga dan mengurus makan minumnya selepas lelaki itu jatuh sakit.
Bagaimanapun kerana kekangan masa, dia tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Nurmanto dan mengambil keputusan berkongsi kisah itu di Tik Tok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erabai-diselamatkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|