CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 3,700 polis Negeri Sembilan ditugaskan untuk PRU-15

[Copy link]
Post time 24-10-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

Seremban: Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Negeri Sembilan Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

"Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU-15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.


Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gaskan-untuk-pru-15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.528894 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list