CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Johor] Ucapan selamat hari lahir terakhir buat ibu

[Copy link]
Post time 25-10-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Johor Bahru : Remaja yang ditemui lemas dalam kejadian di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam, Pasir Gudang, pagi tadi, sempat menzahirkan ucapan selamat hari lahir buat ibunya, malam tadi.

Mohd Aidil Haiziryn Zulkarnain, 15, yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu turut dilihat mengucup pipi ibunya, Norhaliza Hussin yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke - 43.

Bapa remaja berkenaan, Zulkarnain Mohd Ali, 46, berkata, dia amat terharu melihat tindakan anaknya itu yang menjadi detik manis terakhir sebelum anak lelakinya itu pergi buat selama-lamanya, hari ini.


"Semalam, arwah ada ucapkan Selamat Hari Lahir buat ibunya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-43.

"Bukan itu saja, arwah juga ada memberikan ciuman kepada isteri. Tidak sangka itu adalah yang terakhir," katanya.

Terdahulu, Mohd Aidil Haiziryn ditemui mati lemas, manakala seorang lagi rakan sekolahnya terselamat ketika mandi di tasik berkenaan.

Kedua-dua remaja itu dikatakan ke lokasi kejadian bersama empat lagi rakan sekolah mereka termasuk dua perempuan.

Mereka dipercayai ke sana untuk melakukan aktiviti mendaki di kawasan berkenaan sebelum memutuskan untuk mandi di tasik terbabit.

Menurut Zulkarnain, arwah ada memintanya hantar ke lokasi terbabit, namun dia tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai urusan lain.

"Saya tahu dia mahu ke sana sebab dia ada beritahu dan minta saya hantarkan. Tetapi, sebab saya ada urusan lain, jadi dia menumpang kereta bapa rakannya. Saya tidak sangka pula ini yang terjadi," katanya.

Katanya, anaknya tidak pandai berenang, namun memang gemar melakukan aktiviti mendaki dan kerap ke kawasan terbabit bersama rakan-rakannya.

Katanya, arwah anaknya itu seorang yang peramah, pemalu dan menghormati orang tua.

Jenazah Allahyarham Mohd Aidil Haiziryn akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai, esok selepas selesai bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-terakhir-buat-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048750 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list