CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kisah kembar Najib dan Mahathir

[Copy link]
Post time 27-10-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode

PASANGAN kembar tidak seiras Najib dan Mahathir akan mengundi pada PRU kali ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Mempunyai nama Najib dan Mahathir menyebabkan kembar yang dilahirkan pada 1995 sering kali mendapat usikan rakan apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Nama kembar tidak seiras itu diberikan bapa mereka, Nor Kaferi Ahmad, 59 yang juga pesara tentera dan ketika itu Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan, manakala Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri.

Disebabkan nama itu, mereka sering kali menjadi usikan rakan, namun tidak pernah mengambil hati, malah turut berkongsi beberapa kenangan lucu yang dialami sebelum ini.


"Ketika kami kemalangan di Kuala Pilah pada 2016, doktor yang merawat kami di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) pun terkejut ingatkan kami orang politik, malah turut bergurau kami sudah 'berbaik'.

"Nenek kami yang dimaklumkan mengenai kemalangan menyangkakan Najib dan Mahathir yang kemalangan dan berseloroh memberitahu bila pula dua tokoh politik berkenaan menaiki kereta sama," kata Mahathir, 27 dari Temerloh, Pahang.

Mahathir berkata ketika zaman kanak-kanak, mereka berdua kerap bergaduh sehingga memeningkan kedua ibu bapanya, namun ia berkurangan apabila semakin dewasa.

"Ayah tidak menyangka kami dilahirkan kembar sebelum mendapat idea memberi nama sempena dua pemimpin berkenaan.

"Disebabkan bukan seiras kebanyakan rakan tidak mengetahui status kami sebagai kembar, namun kebiasaan kami mempunyai minat dan aktiviti yang sama dan lumrah sebagai adik beradik kami tidak terlepas daripada bertengkar," katanya.

Najib pula berkata, sebaik tamat pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012, dia bersama Mahathir memohon pekerjaan di sebuah pasar raya di Dungun, Terengganu.

Katanya, permohonan kerja berkenaan diterima, namun dia dan Mahathir menjadi bahan usikan pekerja di pasar raya berkenaan yang berseloroh memaklumkan Najib dan Mahathir datang bekerja.

"Hendak dijadikan cerita pada sebelah petangnya ada pekerja baharu bernama Anwar melapor diri menyebabkan lagi teruk kami diusik.

"Gamat jugalah ketika itu apabila diusik pekerja pasar raya berkenaan namun Anwar tidak kental jiwanya apabila berhenti tidak sampai sehari bekerja, manakala kami berkerja selama satu bulan sahaja sebelum bertukar kerjaya dalam industri minyak dan gas hingga sekarang." katanya.

Najib berkata, menjelang PRU, dia turut menerima usikan rakan namun beranggapan ia adalah normal dan tidak mengambil hati.

Katanya, jika bertemu jodoh, dia dan Mahathir sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama.

"Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kami juga tidak akan lepaskan peluang untuk mengundi dan PRU kali ini kali kedua kami berbuat demikian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -najib-dan-mahathir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043252 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list