View: 445|Reply: 0
|
[Johor]
Air tiada, restoran tutup
[Copy link]
|
|
ZULRAHIM menulis notis pemberitahuan yang menyatakan restorannya ditutup akibat ketiadaan air. FOTO Omar Ahmad
Pasir Gudang: Ketiadaan air sejak Jumaat lalu, menyukarkan pengusaha restoran dan kedai makan di kawasan sekitar yang terjejas khususnya di Plentong, Masai dan Tanjung Piai untuk beroperasi.
Tinjauan NSTP di sekitar Taman Molek, Taman Desa Harmoni dan Taman Rinting mendapati lebih separuh kedai makan tutup kerana gangguan bekalan air.
Pengusaha Restoran Al Hanin di Taman Rinting, Zulrahim Yusof berkata, dia terpaksa menutup operasi sejak semalam kerana kehabisan air simpanan tangki di kedai.
Katanya, Jumaat lalu, dia berusaha membawa air dari rumah dan membeli sebahagian air mineral untuk menyediakan menu utama pelanggan iaitu nasi arab.
"Memang sukar air tiada, kedai makan memang banyak perlukan air, hendak basuh ayam, sayur dan mencuci beras untuk masak nasi.
"Sejak semalam kedai memang tutup, ada juga pelanggan menghubungi dan datang ke kedai untuk membeli makanan kerana sukar memasak di rumah akibat ketiadaan air.
"Kita harapkan agensi terbabit dapat menyelesaikan masalah ini segera," katanya.
Sementara itu, bagi Kerani Eksekutif, Kamaruzarimah Muhamat, 35 berkata dia menadah air hujan malam tadi untuk dijadikan kegunaan harian.
Katanya, air yang dibekalkan dari tangki air Ranhill SAJ Sabtu lalu, sudah habis digunakan untuk kegunaan keluarga.
"Susah tiada ada air ini, banyak keperluan yang patut kita buat terjejas. Air tidak ada sejak Jumaat lalu, tetapi kelmarin ada lori tangki air datang... dapatlah tadah beberapa tong.
"Keluarga saya besar dan ada anak kecil, jadi air ditadah tidak mencukupi. Alhamdulillah, hujan lebat malam tadi dapatlah saya tadah untuk kegunaan kami.
"Kami sangat berharap bekalan air pulih lebih cepat. Selalu kalau tiada air pun hanya beberapa jam sahaja, inilah paling lama sampai empat hari termasuk hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iada-restoran-tutup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|