CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sampai bila nak hadap banjir kilat?

[Copy link]
Post time 1-11-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Tun Hairudin Abu Bakar (kanan) melihat kesan paras air yang naik ketika banjir kilat. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Masalah banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini bukan perkara baharu terutama di Kampung Bagan Pinang apabila kejadian itu berlaku buat kali ketiga pada tahun ini, awal pagi hari ini.

Penduduk, Pasiha Syed Hamid, 56, berkata dia baru berpindah di kampung itu sejak dua tahun lalu dan empat kali rumahnya dimasuki air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat.

Menurutnya, kejadian itu juga dipercayai berlaku berikutan air laut sedang pasang kerana rumah mereka tidak jauh dari laut.


"Masalah utama ialah sistem perparitan di mana sekeliling penempatan di sini semakin banyak taman perumahan baru muncul menyebabkan berlaku limpahan air dari longkang berhampiran," kata ibu kepada sembilan anak ini.

Penduduk lain, Mohamad Rasul Abd Rahman, 51, berkata sudah banyak kali kejadian banjir kilat berlaku sejak dia tinggal di kampung itu kira-kira 10 tahun lalu.

"Kejadian terbaru berlaku tengah malam tadi, air naik hingga ke paras pinggang. Banjir kilat ini sudah banyak kali berlaku dalam tempoh 10 tahun.

"Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan berterusan kerana longkang yang sedia ada tidak cukup untuk menampung jumlah air," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata, beliau sudah membawa isu banjir kilat di Kampung Bagan Pinang sebelum ini, tetapi belum tindakan sewajarnya.

"Saya amat berharap isu banjir kilat ini segera diselesaikan demi keselesaan penduduk terutama sistem perparitan perlu dibaik pulih kerana banyak tersumbat menyebabkan air cepat penuh setiap kali hujan lebat.

"Penduduk sudah menderita sekian lama dan mereka memerlukan tindakan pembelaan pihak kerajaan. Bagi saya, keutamaan sekarang adalah membantu bagi meringankan beban rakyat dan bukan masa kita nak berpolitik sepanjang masa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hadap-banjir-kilat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.340660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list