CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Johor] Menyelam 9 meter kutip tiram

[Copy link]
Post time 7-11-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode

ZAINI Mohd Noh antara penyelam tiram veteran menunjukkan hasil kutipan tiram dengan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan. FOTO BERNAMA

Muar: Apabila melangkah ke daerah ini pastinya pengunjung akan menjejaki keunikan tersendiri yang terdapat di Bandar Maharani Bandar Diraja itu termasuk mi bandung, sate, asam pedas dan hidangan hasil laut seperti tiram.

Tiram yang terdapat di Sungai Muar dipercayai sebagai antara berkualiti tinggi di dunia, dan nelayan yang 'menuai' hasil di dasar sungai itu masih menggunakan kaedah dan teknik tradisional iaitu menyelam tanpa sebarang peralatan pernafasan.

Seorang penyelam tiram, Zainal Yahya, 68, berkata aktiviti menyelam dan mengutip tiram di Sungai Muar dekat Pangkalan Tiram, kira-kira dua kilometer dari Bandar Muar, telah mula dilakukan para nelayan sekitar tahun 1858.

Generasi ketiga selam tiram itu berkata pada tahun 1908, Allahyarham datuknya Yep Pantas mula menjadikan aktiviti menyelam dan mengutip tiram di dasar sungai sedalam antara enam dan sembilan meter sebagai punca utama pendapatan bagi menanggung keluarga.


"Ketika kanak-kanak, saya kagum melihat bapa melakukan aktiviti mencabar ini dengan menahan nafas, meraba menggunakan tangan kosong kerana tahap penglihatan sangat terhad berikutan dasar sungai yang berlumpur, dan saya mencabar diri akan melakukan perkara sama suatu hari nanti," katanya ketika ditemui Bernama di Pangkalan Tiram di sini.

Di samping itu, menurut Zainal, ketika berumur 12 tahun dia mula mengikut bapanya, Allahyarham Yahya Yep ke sungai selain diajar menyelam dengan menahan nafas antara satu hingga dua minit di dasar sungai semasa air surut, dan kini kaedah sama juga telah diajarkan kepada anak lelakinya, Azmi Zainal, 36, yang turut berminat melakukan aktitivi itu.

Katanya, kayu lenggadai sepanjang 10 meter digunakan untuk aktiviti berkenaan dengan memacakkannya ke dasar sungai di sebelah perahu dan penyelam akan turun menyelam mengikut kayu itu, dan mengambil tiram di dasar sungai menggunakan tangan, manakala kaki kekal berpaut pada kayu bagi mengelak daripada dihanyutkan arus.


ZAINAL mengopek tiram untuk dijual kepada pembeli di Pengkalan Tiram, Sungai Muar, Muar. FOTO BERNAMA

"Saya akan meneruskan legasi menyelam tiram ini selagi ada hayat kerana ia adalah aktiviti dari generasi ke generasi dengan menggunakan teknik unik. Suatu ketika dahulu terdapat hampir 50 penyelam tiram di Pangkalan Tiram namun kini hanya tinggal lapan orang yang aktif berusia antara 24 dan 69 tahun.

"Menjadi penyelam tiram bukan sesuatu yang mudah kerana setiap penyelam memerlukan banyak tenaga untuk bertahan mengutip tiram di dasar sungai. Kadangkala tekanan dan arus kuat boleh menyebabkan telinga atau hidung berdarah dan inilah antara cabarannya," katanya.

Selain itu, katanya, penyelam tiram juga terpaksa berdepan dengan hidupan berbisa seperti obor-obor dan sengatan ikan berduri selain cengkerang tiram dan kupang di dasar sungai yang boleh melukakan jika terpijak.


TIRAM yang terdapat di Sungai Muar dipercayai antara berkualiti tinggi di dunia. FOTO BERNAMA

Zainal berkata terdapat dua jenis tiram yang ditemui di Sungai Muar iaitu isi yang berwarna kelabu coklat, dan putih krim dengan memiliki rasa yang enak selain mendapat permintaan yang tinggi termasuk individu, restoran, hotel dan dieksport ke Singapura.

"Pengalaman yang tidak saya lupakan adalah terpilih untuk mencari tiram di Sungai Muar di belakang Istana Hinggap Muar, Jalan Petri bagi hidangan santapan golongan diraja sekitar tahun 1967, saya teruja, seronok dan dianggarkan enam kilogram tiram siap dikopek kulit telah dihantar ke istana berkenaan," katanya sambil menambah isi tiram segar ketika ini dijual dengan harga sekitar RM50 sekilogram.

Laporan itu dipetik memaklumkan spesies baharu itu dikenali sebagai tiram putih atau tiram premium dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih krim dan berkualiti tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 9-meter-kutip-tiram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list