CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Johor] Penganggur dikenakan bon berkelakuan baik lepas mengaku salah curi RM2.80

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama setahun terhadap seorang penganggur atas tuduhan mencuri syiling bernilai RM2.80 milik tandas awam Teminal Bas Larkin Sentral, Khamis lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin dengan cagaran RM1,000 selepas tertuduh, Mohamad Hafiz Mohamad Razali, 36, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri 22 keping syiling 10 sen dan tiga keping syiling 20 sen yang berjumlah keseluruhan RM2.80 daripada milikan tandas awam Terminal Bas Larkin Sentral kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.


Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon hukuman ringan dan memberitahu dia tidak bekerja.

Mengikut fakta kes, seorang pengawal keselamatan ternampak suspek mengambil duit syiling daripada tabung tandas dan memasukkannya ke dalam poket seluar sebelah kanan.

Apabila ditanya kenapa dia bertindak sedemikian, tertuduh bertindak melarikan diri, namun berjaya ditahan pengawal keselamatan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ku-salah-curi-rm280

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.129047 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list