View: 350|Reply: 0
|
[Johor]
Penjawat awam berputih mata RM413,000 lesap dikebas Macau Scam
[Copy link]
|
|
Batu Pahat: Seorang penjawat awam berputih mata kerugian RM413,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon dari individu menyamar sebagai pegawai polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 29 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 60 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai di LHDN mendakwa mempunyai tunggakan cukai.
"Selepas mangsa menafikan tunggakan berkenaan, panggilan berkenaan kemudiannya disambung kepada pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Ismail berkata, dalam panggilan telefon berkenaan, suspek menyatakan bahawa melalui maklumat peribadi mangsa telah terbabit dalam jenayah pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dadah sebelum ini.
"Suspek mengarahkan mangsa untuk memindahkan kesemua wang di dalam akaun mangsa ke dalam akaun 'mule' yang diberikan oleh suspek bagi tujuan siasatan.
"Mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek membuat pemindahan berjumlah RM413,000 secara berperingkat," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan juga denda.
"Polis nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
"Orang ramai juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dikebas-macau-scam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|