CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Pulau Pinang] Yee Fung ajak penyandang Bayan Baru berdebat

[Copy link]
Post time 7-11-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Yee Fung ajak penyandang Bayan Baru berdebat

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  07 November 2022    04:34pm






Tze Tzin, Yee Fung




GEORGETOWN - Calon BN Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung mengajak penyandang kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH), Sim Tzen Tzin untuk berdebat secara terbuka berhubung naratif dan perancangan politik kedua-dua pihak.

Calon daripada parti MCA itu berkata, pelawaan berkenaan dibuat bagi membolehkan rakyat membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Menurutnya, perancangan politiknya akan menyusul dalam tempoh beberapa hari lagi manakala Tze Tzin telah mengedarkannya kepada pengundi.

Saya bercadang selepas perancangan politik saya diedarkan, bolehlah saya berdebat dengan Tze Tzin secara rasional dalam bahasa Melayu atau Mandarin.

"Debat itu berhubung dasar dan isu yang dekat dengan hati rakyat. Saya berharap kedua-dua pihak dapat menyampaikan visi dan pandangan masing-masing dengan jelas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Yee Fung, pihaknya akan menghantar surat jemputan kepada Tze Tzin dalam masa terdekat berhubung pelawaannya itu.

"Waktu dan lokasi akan dimuktamadkan kemudian setelah wakil kedua-dua pihak mengadakan rundingan. Saya memohon media atau badan bukan kerajaan (NGO) bebas yang berminat untuk menjadi moderator, sekiranya pelawaan itu diterima.

"Saya juga menggesa pengundi-pengundi supaya hadir serta bertanyakan soalan kepada calon-calon, demi masa depan Bayan Baru yang lebih baik," katanya.




Beliau merupakan salah seorang calon termuda di Pulau Pinang bakal berentap dengan Ooi Chuan Aun dari Warisan; Ravinder Singh dari Parti Rakyat Malaysia (PRM); Kan Chee Yuen (Bebas), Sim Tze Tzin (PH) dan Oh Tong Keong (Perikatan Nasional).

Dalam pada itu, Tze Tzin dalam kenyataan balasnya berkata, beliau terbuka untuk berdebat dengan semua lawan namun perlu diadakan melalui saluran televisyen nasional.

"Pilihan raya adalah untuk memilih pemimpin negara. Kalau nak berdebat, berdebatlah di televisyen nasional agar orang ramai boleh melihat bagaimana kita boleh menyelesaikan isu-isu kelemahan ekonomi, keselamatan makanan, dasar pendidikan dan sebagainya.

"Saya seorang demokrat. Saya terbuka untuk berdebat dengan semua lawan, tidak seperti Perdana Menteri yang mengelak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ironinya Yee Fung dan Ismail Sabri kedua-duanya daripada BN. Bolehkah mereka mempunyai langkah yang koheren? Tindakan Yee Fung itu hanya menampakkan Ismail Sabri sangat teruk," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang surat daripada pihak Yee Fung berhubung perkara tersebut.

"Saya masih belum menerima sebarang surat. Saya akan komen kemudian setelah saya menerima surat tersebut.

"Bagaimanapun, memandangkan di Parlimen Bayan Baru menyaksikan pertandingan enam penjuru, adalah adil untuk membiarkan semua calon berdebat bersama-sama," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list